{"id":7749,"date":"2025-10-21T13:19:39","date_gmt":"2025-10-21T05:19:39","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7749"},"modified":"2025-10-21T19:35:56","modified_gmt":"2025-10-21T11:35:56","slug":"lelaki-libas-remaja-perempuan-dengan-pisau-direman-7-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7749","title":{"rendered":"Lelaki libas remaja perempuan dengan pisau direman 7 hari"},"content":{"rendered":"\n<p>MELAKA: Seorang lelaki direman tujuh oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas disyaki melibas dan mencederakan seorang remaja perempuan menggunakan pisau.<\/p>\n\n\n\n<p>Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman bermula Selasa sehingga Isnin ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu suspek berbaju reman jingga tiba di Kompleks Mahkamah Melaka dengan kenderaan polis.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian menimpa mangsa berusia 18 tahun itu berlaku kira-kira jam 4.45 petang ketika mangsa bersama kakak iparnya dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Batu 9, Tangga Batu, Tanjung Kling.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang menyerangnya malah memaklumkan tidak mempunyai musuh atau sebarang perselisihan faham dengan mana-mana individu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ya kita dah tangkap suspek,&#8221; katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka turut memaklumkan baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka dan bekerja sebagai operator kilang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ujar beliau, sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, mangsa yang kini dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka turut memaklumkan baru tiga minggu berpindah dari Tangkak, Johor ke Melaka dan bekerja sebagai operator kilang.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ujar beliau, sebelum kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya berusia 21 tahun sebelum tiba-tiba berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Seorang lelaki direman tujuh oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas disyaki melibas dan mencederakan seorang remaja perempuan menggunakan pisau. Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7748,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[968,1095,133],"class_list":["post-7749","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-libas","tag-reman","tag-wanita"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7749","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7749"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7749\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7760,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7749\/revisions\/7760"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7748"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7749"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7749"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7749"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}