{"id":7714,"date":"2025-10-20T15:02:29","date_gmt":"2025-10-20T07:02:29","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7714"},"modified":"2025-10-20T15:29:38","modified_gmt":"2025-10-20T07:29:38","slug":"kes-tikam-pelajar-shing-xuen-disemadikan-ucapan-pilu-selamat-tinggal-daripada-keluarga-dan-rakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7714","title":{"rendered":"Kes tikam pelajar: Shing Xuen disemadikan, ucapan pilu selamat tinggal daripada keluarga dan rakan"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM: Suasana pilu menyelubungi Krematorium Nirvana, Seksyen 21 di sini apabila keluarga, guru dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang&nbsp;Yap Shing Xuen, pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selasa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jasad mendiang sebelum itu tiba di Krematorium Nirvana, Seksyen 21 di sini kira-kira 12.20 tengah hari untuk penghormatan terakhir sebelum upacara pembakaran dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati, pekarangan krematorium dipenuhi suasana hening dengan kehadiran ahli keluarga yang kelihatan sebak dan menitiskan air mata ketika upacara penghormatan terakhir dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa individu turut menundukkan kepala sebagai tanda perpisahan terakhir kepada mendiang yang disifatkan sebagai pelajar periang dan disenangi guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Upacara pembakaran mendiang dijalankan pada hari ini selepas tiga hari upacara sembahyang dan penghormatan yang berakhir malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan laporan patologi berhubung kematian mangsa dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak patologi sebelum dapat mengesahkan jumlah sebenar kesan tikaman pada tubuh mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujar beliau, setakat ini laporan penuh belum diperoleh, kebiasaannya laporan patologi mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan sebelum sebarang pengesahan rasmi dapat dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Shamsudin, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan setakat ini sebanyak 127 keterangan telah diambil daripada saksi bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum itu, ibu mangsa menerusi satu sidang akhbar mendakwa ahli patologi memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 200 kesan tikaman pada anaknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian itu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di kawasan tandas perempuan di sekolah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Suspek kemudian ditahan dan direman tujuh hari untuk siasatan Seksyen 302 Kanun Keseksaan. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Suasana pilu menyelubungi Krematorium Nirvana, Seksyen 21 di sini apabila keluarga, guru dan rakan-rakan hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang&nbsp;Yap Shing Xuen, pelajar perempuan berusia 16 tahun yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7716,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[333,359,2193,798],"class_list":["post-7714","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-mati","tag-pelajar","tag-semadi","tag-tikam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7715,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7714\/revisions\/7715"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7716"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}