{"id":7698,"date":"2025-10-20T07:17:57","date_gmt":"2025-10-19T23:17:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7698"},"modified":"2025-10-20T07:18:41","modified_gmt":"2025-10-19T23:18:41","slug":"saya-influencer-tak-perlu-bayar-kan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7698","title":{"rendered":"\u2018Saya \u2018influencer\u2019 tak perlu bayar kan?\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p>PETALING JAYA: Seorang pemilik restoran berdepan situasi menguji kesabaran apabila seorang pelanggan yang mengaku sebagai \u2018influencer\u2019 (pempengaruh) enggan membuat bayaran selepas menikmati hidangan di premisnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi perkongsian di Facebook Nasi Kandar Sulaiman, pelanggan terbabit datang bersama keluarga dan memperkenalkan diri sebagai pempengaruh TikTok yang mempunyai seramai 40,000 pengikut.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, individu tersebut memaklumkan hasratnya untuk membuat video promosi di premis tersebut dan menganggap tidak perlu membuat bayaran dengan alasan akan berkongsi video tersebut untuk tatapan pengikutnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau datang dan kata \u2018saya influencer\u2019. Saya pun kata okey. Lepas itu dia tunjuk akaun TikTok yang ada lebih kurang 40,000 pengikut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia cakap tak perlu bayarkan sebab nak ambil (rekod) video. Saya jawab tetap kena bayar sebab saya tak jemput dia datang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasi Kandar Sulaiman berkata, pihaknya tidak pernah melarang pelanggan merakam atau berkongsi video di media sosial, namun itu tidak bermakna mereka boleh makan secara percuma tanpa persetujuan atau kerjasama promosi terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tak halang dia nak ambil (rekod) video, tapi tetap kena bayar. Kalau semua buat macam ni (makan percuma), habislah saya bankrap. Makan pun dah lebih RM50,\u201d katanya berseloroh.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut dimuat naik gambar bil nasi kandar yang dimakan pempengaruh tersebut berjumlah RM53.60.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, menurut restoran tersebut, selepas selesai makan, pelanggan terbabit masih cuba meyakinkannya agar tidak dikenakan bayaran dengan alasan dia merupakan \u2018influencer\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDah makan pun masih ulang lagi \u2018saya influencer\u2019, tetapi saya tetap minta dia bayar sebab dari awal saya dah beritahu kena bayar,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang rata-rata menyokong tindakan pemilik restoran dan menegaskan status \u2018pempengaruh\u2019 bukan alasan untuk mendapatkan layanan percuma tanpa perjanjian sah dengan pihak perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai juga yang menganggap kejadian itu sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu melakukan kolaborasi promosi supaya berbincang secara profesional dan tidak mengambil kesempatan atas nama \u2018pempengaruh\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMamu habaq (beritahu) pengikut mamu pun 193,000 ada hati 40,000 (pengikut) nak minta makan percuma,\u201d balas Azim.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTaktik lama nak makan percuma, pempengaruh ke siapa ke kalau tak dijemput buat \u2018review\u2019 bayar sahajalah. Tak ada duit ke?\u201d komen Nars.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCuba mamu tanya \u2018hang pempengaruh ke pengemis\u2019, keliru pula berkali-kali kata nak makan percuma,\u201d kata Iqbal pula.&nbsp;&#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA: Seorang pemilik restoran berdepan situasi menguji kesabaran apabila seorang pelanggan yang mengaku sebagai \u2018influencer\u2019 (pempengaruh) enggan membuat bayaran selepas menikmati hidangan di premisnya. Menerusi perkongsian di Facebook Nasi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7697,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1669,2188,610,506],"class_list":["post-7698","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bayar","tag-kandar","tag-nasi","tag-pempengaruh"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7698"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7698\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7699,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7698\/revisions\/7699"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}