{"id":7674,"date":"2025-10-19T10:36:36","date_gmt":"2025-10-19T02:36:36","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7674"},"modified":"2025-10-19T10:37:01","modified_gmt":"2025-10-19T02:37:01","slug":"suami-sebak-beritahu-jiran-anak-isteri-mati-dibunuh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7674","title":{"rendered":"Suami sebak beritahu jiran anak isteri mati dibunuh"},"content":{"rendered":"\n<p>BUKIT MERTAJAM: &#8220;Suaminya datang ke rumah bagi salam dua kali dan beritahu isteri dan anaknya kena bunuh, saya tergamam, meremang bulu roma tak tahu nak cakap apa.&#8221; Itu reaksi Ida, 51, jiran kepada\u00a0dua beranak yang ditemukan mati dipercayai dibunuh\u00a0di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru di sini, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, suami kepada mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan datang dalam keadaan cemas dan bertanya sama ada dia ternampak kereta atau apa-apa kenderaan mencurigakan masuk ke kawasan rumahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika itu baru azan Maghrib dia yang masih dalam pakaian kerja baru balik dengan menunggang motosikal. Air mukanya nampak sebak sebelum dia bergegas pergi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya memang tak perasan apa-apa yang pelik atau dengar bunyi bising atau suara orang menjerit jadi tak sangka langsung perkara itu berlaku,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi jiran mangsa, Ideris, 61, berkata, mangsa berusia 51 tahun hanya dikenali dengan nama Su dan keluarganya menyewa di rumah itu kira-kira dua tahun lalu dan pernah mengadakan kenduri perkahwinan anak lelaki mereka awal tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, suami isteri itu sekadar bertegur sapa atau berbalas senyum setiap kali terserempak kerana mereka biasanya bekerja pada awal pagi dan waktu pulang bekerja tidak menentu kerana dipercayai mengikut syif.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa yang saya tahu, mangsa kerja sebagai tukang masak kantin, tapi tak tahu kantin apa, dulu dia berniaga nasi lemak. Mereka jenis orang bekerja dan tidak banyak bercakap.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suaminya sesekali ada terserempak singgah solat Maghrib berjemaah di masjid selepas balik kerja,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ideris berkata, selama puluhan tahun tinggal di kampung berkenaan, tidak pernah berlaku jenayah sedemikian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pak cik ingat kalau ada pun kes pecah rumah, itu pun dah lama bertahun-tahun dulu jadi tiada ketakutan atau kerisauan apa pun kami tinggal di sini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, tinjauan mendapati pasukan perubatan termasuk dari Hospital Seberang Jaya dan unit forensik polis dilihat membawa keluar mayat dua beranak berkenaan kira-kira 1.50 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu media melaporkan, mayat wanita berumur 51 bersama anak perempuannya berusia 11 tahun itu ditemukan suaminya, 7.30 malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, mayat wanita itu ditemukan di bahagian dapur tingkat bawah rumah berkenaan dalam keadaan menyayat hati dengan kepalanya hampir putus.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala, anaknya dalam keadaan meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BUKIT MERTAJAM: &#8220;Suaminya datang ke rumah bagi salam dua kali dan beritahu isteri dan anaknya kena bunuh, saya tergamam, meremang bulu roma tak tahu nak cakap apa.&#8221; Itu reaksi Ida,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7673,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[114,710,113],"class_list":["post-7674","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-anak","tag-dibunuh","tag-ibu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7674","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7674"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7674\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7675,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7674\/revisions\/7675"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7673"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7674"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7674"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7674"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}