{"id":7609,"date":"2025-10-17T17:48:38","date_gmt":"2025-10-17T09:48:38","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7609"},"modified":"2025-10-17T17:49:10","modified_gmt":"2025-10-17T09:49:10","slug":"pembayaran-fasa-4-str-dikreditkan-lebih-awal-bermula-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7609","title":{"rendered":"Pembayaran Fasa 4 STR dikreditkan lebih awal bermula esok"},"content":{"rendered":"\n<p>PETALING JAYA:\u00a0 Seramai 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula esok iaitu lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan November.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, bagi fasa ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2 bilion, dengan kadar bayaran sehingga RM700 yang ditetapkan mengikut kategori<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJumlah ini termasuk 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan bayaran Fasa 4 STR, yang mana penyaluran akan dibuat mulai 13 November 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBerbanding Fasa 1 pada Januari 2025, jumlah penerima Fasa 4 meningkat sebanyak 500,000 individu dan isi rumah daripada 8.3 juta susulan keputusan Kerajaan Madani untuk membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun,\u201d jelas kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tekad Kerajaan Madani adalah untuk memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDiharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan sama, Kementerian Kewangan memberitahu pendaftaran STR dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) 2026 akan terus dibuka sepanjang tahun agar lebih ramai rakyat berpeluang mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeperti diumumkan oleh Datuk Seri Anwar ketika pembentangan Belanjawan Madani Keempat pada 10 Oktober 2025, peruntukan keseluruhan STR dan Sara mencecah RM15 bilion bagi tahun 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi penerima sedia ada, data mereka akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan bersama data daripada agensi-agensi berkaitan untuk semakan kelayakan STR dan Sara 2026 mengikut syarat yang ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas kementerian itu, pendekatan ini turut mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan sasar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemohon STR boleh merujuk doalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https:\/\/bantuantunai.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut. Semakan status pembayaran dan kelulusan STR boleh dibuat melalui pautan yang sama,\u201d katanya. &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PETALING JAYA:\u00a0 Seramai 8.8 juta penerima akan menerima bayaran Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula esok iaitu lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan November. Kementerian Kewangan dalam kenyataan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7608,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[459,1670,1668,1216],"class_list":["post-7609","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-awal","tag-esok","tag-str","tag-terima"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7609","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7609"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7609\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7610,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7609\/revisions\/7610"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7608"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7609"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7609"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7609"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}