{"id":7559,"date":"2025-10-16T16:06:01","date_gmt":"2025-10-16T08:06:01","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7559"},"modified":"2025-10-16T16:09:17","modified_gmt":"2025-10-16T08:09:17","slug":"prn-sabah-ditetapkan-pada-29-november-penamaan-calon-15-november-spr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7559","title":{"rendered":"PRN Sabah ditetapkan pada 29 November, penamaan calon 15 November &#8211; SPR"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November.<\/p>\n\n\n\n<p>Tarikh-tarikh penting itu diumumkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun dalam sidang akhbar Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ramlan, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berhubung dengan pengisytiharan pembubaran Dewan Undangan Sabah ke-16 pada 6 Oktober lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehubungan itu, SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini dan memutuskan PRU Dewan Undangan Sabah ke-17 hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan 73 kerusi dewan undangan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi maksud menjalankan PRU Dewan Undangan Sabah ke-17, SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting iaitu hari penamaan calon pada 15 November 2025 (Sabtu), hari undi awal pada 25 November 2025 (Selasa) dan hari mengundi 29 November 2025 (Sabtu).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 15 November 2025 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 28 November 2025 (Jumaat),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, SPR telah melantik seramai 25 pengurus pilihan raya dibantu oleh 196 penolong pegawai pengurus bagi menjalankan proses PRU Dewan Undangan Sabah ke-17 tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR akan menubuhkan 86 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 25 pusat penamaan calon (PPC) dan pusat penjumlahan rasmi undi (PPRU) akan digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeramai 33,002 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU Dewan Undangan Sabah ke-17, manakala sebanyak 882 pusat mengundi biasa yang mengandungi 3,558 tempat mengundi dan saluran dan 58 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 87 tempat mengundi saluran awal akan digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 940 dengan 3,645 tempat mengundi dan saluran,\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 15 November manakala tarikh undi awal pada 25 November dan tarikh undi pada 29 November. Tarikh-tarikh penting itu diumumkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7558,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[2149,119,1139],"class_list":["post-7559","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-pilihan","tag-raya","tag-sabah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7559","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7559"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7559\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7560,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7559\/revisions\/7560"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7558"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7559"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7559"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7559"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}