{"id":7536,"date":"2025-10-15T20:36:00","date_gmt":"2025-10-15T12:36:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7536"},"modified":"2025-10-15T20:36:44","modified_gmt":"2025-10-15T12:36:44","slug":"ibu-dakwa-anak-meninggal-dunia-akibat-influenza","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7536","title":{"rendered":"Ibu dakwa anak meninggal dunia akibat influenza"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun meninggal dunia awal pagi Rabu dipercayai akibat jangkitan influenza.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa, Muhammad Amsyar Farhan Mohd Noor, 11, yang juga anak bongsu daripada dua beradik disahkan meninggal dunia jam 1.40 pagi di Klinik Kesihatan Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ibunya, Normala Mohd Nor, 42, berkata, anaknya mula menunjukkan tanda tidak sihat pada pagi Selasa sebelum dibawa ke sebuah klinik swasta di Paka untuk mendapatkan rawatan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pagi Selasa lalu anak saya demam tapi suhu badannya tidak terlalu tinggi. Saya bawa ke klinik swasta di Paka kira-kira jam 12.30 tengah hari.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Doktor buat ujian swab dan beritahu dia dijangkiti influenza sebelum beri ubat antiviral,&#8221; katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, pada Rabu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Normala, keadaan anaknya mula merosot pada malam hari selepas mengambil ubat seperti diarahkan doktor.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Malam tu dia muntah banyak kali tapi masih boleh makan. Lepas muntah kali ketiga, badannya tiba-tiba kejang dan saya terus bawa ke Klinik Kesihatan AMBS sekitar jam 11 malam.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masa tu suhu badannya tidak begitu panas dan dia masih boleh bercakap seperti biasa dengan ayahnya. Tapi, sekitar jam 1.40 pagi, doktor maklumkan anak saya sudah meninggal dunia,&#8221; katanya sebak.<\/p>\n\n\n\n<p>Normala berkata, jenazah pada awalnya dijangka dikebumikan jam 10 pagi pada Rabu namun ditangguhkan kerana kes berkenaan perlu dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk siasatan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya terpaksa bawa anak dari Dungun ke HSNZ untuk proses bedah siasat. Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Maghrib di Tanah Perkuburan Islam AMBS,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Normala, anaknya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, abang mangsa, Muhammad Aniq Farhan Mohd Noor, 15, yang bersekolah di asrama, dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala demam atau influenza.<\/p>\n\n\n\n<p>Sinar Harian masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berhubung kes berkenaan. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mas, Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Dungun meninggal dunia awal pagi Rabu dipercayai akibat jangkitan influenza. Mangsa, Muhammad Amsyar Farhan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7535,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2141,333,359],"class_list":["post-7536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-influenza","tag-mati","tag-pelajar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7537,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7536\/revisions\/7537"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}