{"id":7496,"date":"2025-10-15T14:15:38","date_gmt":"2025-10-15T06:15:38","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7496"},"modified":"2025-10-15T14:16:19","modified_gmt":"2025-10-15T06:16:19","slug":"pekerja-satu-dan-tukang-masak-maut-motosikal-ditunggangi-bertembung","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7496","title":{"rendered":"Pekerja SATU dan tukang masak maut, motosikal ditunggangi bertembung"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN:&nbsp; Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung<br \/>di kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu &#8211; Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah kilang membuat besi keluli di sini, pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian pada pukul 8.01 pagi itu,<br \/>mangsa Shamsuddin Yusof, 39, dan Mohd Alis Ismail, 36, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kejadian, Mohd Alis, seorang pekerja Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Bukit Kuang untuk menjalankan tugas di bandar Kerteh.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi mangsa, Shamsuddin, yang bekerja sebagai tukang masak di kilang besi keluli berkenaan dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya itu dari bandar Dungun.<\/p>\n\n\n\n<p>Sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Shamsuddin dipercayai memasuki laluan bertentangan dengan menunggang secara melawan arus untuk masuk ke kilang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Situasi tersebut menyebabkan dua buah motosikal berkenaan bertembung secara berhadapan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak di atas jalan raya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan perubatan yang tiba sejurus selepas kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberitahu, kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman (HK) untuk proses bedah siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,&#8221; katanya. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN:&nbsp; Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembungdi kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu &#8211; Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan sebuah kilang membuat besi keluli&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7495,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2133,405,99,858],"class_list":["post-7496","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bertembung","tag-dua","tag-maut","tag-motosikal"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7496","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7496"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7496\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7497,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7496\/revisions\/7497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7495"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7496"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7496"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7496"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}