{"id":7454,"date":"2025-10-14T14:19:52","date_gmt":"2025-10-14T06:19:52","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7454"},"modified":"2025-10-14T14:20:22","modified_gmt":"2025-10-14T06:20:22","slug":"pelajar-perempuan-tingkatan-4-maut-dipercayai-ditikam-pelajar-lelaki","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7454","title":{"rendered":"Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut dipercayai ditikam pelajar lelaki"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar jam 9.30 pagi, di mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Dua dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit turut menikam pelajar lain dan pada masa ini pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>BH sedang berusaha menghubungi polis, namun difahamkan butiran penuh kejadian dijangka diperoleh pada sidang media di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat dan pasukan pegawai penyiasat dilaporkan berada di lokasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kejadian tikaman membabitkan mangsa, pelajar Tingkatan Empat, dan suspek Tingkatan Dua di sebuah sekolah d Bandar Utama, Petaling Jaya disahkan berlaku di luar kelas dalam kawasan sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyifatkan kejadian itu sangat menyedihkan dan menuntut siasatan segera.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kejadian membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang meninggal dunia, dan setakat ini kita tidak dapat memastikan motif sebenar kejadian ini.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Suspek sudah ditangkap<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tangkapan sudah dibuat dan insya-Allah Ketua Polis Selangor akan memberikan butiran lanjut mengenai perkara itu,&#8221; katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kempen Anti Buli di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Khalid turut mengesahkan suspek berusia 14 tahun tidak boleh didedahkan identitinya kerana masih di bawah umur.<\/p>\n\n\n\n<p>BH sebelum ini melaporkan kejadian itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi, apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dilaporkan membawa senjata tajam berupa pisau.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan maklumat awal, pelajar lelaki terbabit telah menikam pelajar lain.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Mangsa bunuh ditikam beberapa kali di badan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata siasatan awal mendapati terdapat beberapa tikaman di bahagian badan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Di lokasi, Wartawan BH &#8211;&nbsp;<strong>Ercy Gracella Ajos<\/strong>&nbsp;melaporkan dua senjata tajam dipercayai digunakan oleh suspek, pelajar Tingkatan Dua berkenaan telah dirampas polis.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita ada rampas dua senjata tajam yang kita percayai digunakan dalam kejadian ini. Kita akan sahkan kemudian (jenis senjata digunakan) nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kecederaan tikaman (didapati di bahagian badan (mangsa). Apabila laporan&nbsp;<em>postmortem<\/em>&nbsp;(bedah siasat) keluar nanti, kita akan tahulah berapa jumlah tikaman yang sebenar,&#8221; katanya dalam sidang media di sini, hari ini. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi. Sumber berkata, kejadian dikatakan sekitar jam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7453,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[501,359,2122,798],"class_list":["post-7454","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-bunuh","tag-pelajar","tag-perempuan","tag-tikam"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7454","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7454"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7454\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7455,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7454\/revisions\/7455"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7453"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7454"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7454"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7454"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}