{"id":7322,"date":"2025-10-08T20:09:03","date_gmt":"2025-10-08T12:09:03","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7322"},"modified":"2025-10-08T20:12:37","modified_gmt":"2025-10-08T12:12:37","slug":"emas-diparas-tertinggi-rm595-segram","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7322","title":{"rendered":"Emas diparas tertinggi RM595 segram dalam sejarah"},"content":{"rendered":"\n<p>HONG KONG: Harga emas melepasi paras AS$4,000\/auns (RM595\/gram) buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu, apabila pelabur beramai-ramai beralih kepada aset selamat berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan mengenai penutupan kerajaan AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenaikan harga logam berharga itu juga berlaku selepas kebimbangan bahawa rali dalam sektor teknologi yang telah mengangkat pasaran ekuiti ke paras tertinggi yang mungkin telah melampaui batas, mencetuskan desas-desus tentang gelembung aset.<\/p>\n\n\n\n<p>Pedagang telah mengumpul emas sepanjang tahun ini, yang melonjakkan harganya lebih 50 peratus berbanding awal 2025 di sebalik pelbagai isu termasuk ketidaktentuan ekonomi global, perang perdagangan Donald Trump dan krisis geopolitik.<\/p>\n\n\n\n<p>Daya tarik emas bertambah minggu ini disebabkan kemelut politik di Perancis, di mana Perdana Menterinya yang baharu, Sebastien Lecornu telah meletak jawatan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"640\" height=\"360\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/istock-177431217_1_ratio-16x96493959013959441381-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7324\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/istock-177431217_1_ratio-16x96493959013959441381-1.jpg 640w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/istock-177431217_1_ratio-16x96493959013959441381-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/istock-177431217_1_ratio-16x96493959013959441381-1-585x329.jpg 585w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">HARGA emas melepasi paras AS$4,000\/auns (RM595\/gram) buat kali pertama dalam sejarah, hari ini.<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Emas yang lama dianggap sebagai pilihan selamat dalam tempoh ketidaktentuan naik ke paras tertinggi AS$4,006.68 semalam, meskipun dolar AS telah naik berbanding kebanyakan mata wang setara dalam beberapa hari kebelakangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Penutupan beberapa bahagian kerajaan AS menambah rasa kurang senang dalam kalangan pelabur dengan data ekonomi utama, termasuk pekerjaan ditangguhkan, mengeruhkan kea\u00addaan untuk Rizab Persekutuan AS membuat keputusan mengenai kadar faedah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKenaikan pesat harga emas telah disokong peningkatan ali\u00adran masuk ke dalam (dana dagangan bursa) dan pembelian oleh bank pusat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk permintaan kukuh dari China, kerana emas mendapat manfaat daripada ketidaktentuan politik, ekonomi dan inflasi,\u201d menurut Taylor Nugent dari National Australia Bank.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika emas melonjak, pasaran ekuiti menjadi lebih lemah di Asia apabila persoalan timbul mengenai ratusan bilion dolar yang dilaburkan dalam kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n\n\n\n<p>Laporan margin keuntungan firma perisian pengkomputeran awan, Oracle yang jauh lebih rendah daripada jangkaan telah memberi isyarat menakutkan kepada pedagang, dengan ketiga-tiga indeks utama Wall Street jatuh ke paras merah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPedagang tidak menunggu penjelasan, mereka hanya terus mula melonggarkan kedudukan mereka,\u201d tulis Stephen Innes dari Pengurusan Aset SPI.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasaran Hong Kong dan Taipei antara yang paling rugi, manakala Sydney dan Singapura turut jatuh. &#8211; Kosmo<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HONG KONG: Harga emas melepasi paras AS$4,000\/auns (RM595\/gram) buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu, apabila pelabur beramai-ramai beralih kepada aset selamat berikutan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS)&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7321,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[188,109,1202],"class_list":["post-7322","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-emas","tag-harga","tag-tertinggi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7322","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7322"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7322\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7326,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7322\/revisions\/7326"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7321"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7322"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7322"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7322"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}