{"id":7283,"date":"2025-10-07T15:14:17","date_gmt":"2025-10-07T07:14:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7283"},"modified":"2025-10-07T15:36:02","modified_gmt":"2025-10-07T07:36:02","slug":"syarikat-pengusaha-makanan-didenda-rm5000-jual-makanan-tercemar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7283","title":{"rendered":"Syarikat pengusaha makanan didenda RM5,000 jual makanan tercemar"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN: Sebuah syarikat pengusaha makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menjual makanan tercemar pada 9 April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Majistret Nur Hafiezah Mohamed Fauzi menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhibbah Packaging &amp; Trading (PHG) Sdn. Bhd. selepas&nbsp; wakil syarikat itu, Pua Mei Heong mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa telah melanggar peraturan 39(4) Peraturan- Peraturan Makanan 1985.<br \/>dan kesalahan di bawah Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 397(2) peraturan-peraturan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan menyedia dan menjual Cili Kering Kerinting Muhibbah yang mengandungi cemaran mikologi, Aflatoxin B1 pada kadar 25.41 \u00b5g\/k melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam Jadual Kelima Belas, Daftar II, iaitu 5 \u00b5g\/kg dan telah melakukan suatu kesalahan dibawah Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan boleh dihukum dibawah Peraturan 397(2) peraturan-peraturan yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (KPPKP), Mohd Azman Mohd Ramli dan dibantu Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) Mohd Nasir Mohd Shaari.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut fakta kes, pegawai serbuan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kemaman menjalankan aktiviti pensampelan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, syarikat telah menjual produk makanan yang dicemari toksin merbahaya Aflatoxin B1 (AFB1).<\/p>\n\n\n\n<p>Toksin ini bukan sahaja berbahaya tetapi telah diklasifikasikan sebagai karsinogen Kumpulan 1 (pasti menyebabkan kanser kepada manusia) oleh Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC).<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, hasil analisa yang dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Selangor mendapati makanan berkenaan telah melebihi had lima kali ganda tahap pencemaran yang dikesan adalah 25.41ug\/kg, iaitu lebih lima kali ganda had maksimum yang dibenarkan iaitu 5 ug\/kg. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini menunjukkan kecuaian yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam proses kawalan kualiti, penyimpanan atau pemilihan bahan mentah. &#8211; Suara Timur <\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN: Sebuah syarikat pengusaha makanan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menjual makanan tercemar pada 9 April lalu. Majistret Nur Hafiezah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,1],"tags":[1080,279,820,2078],"class_list":["post-7283","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-uncategorized","tag-didenda","tag-jual","tag-makanan","tag-tercemar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7283"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7286,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7283\/revisions\/7286"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}