{"id":7242,"date":"2025-10-05T20:54:25","date_gmt":"2025-10-05T12:54:25","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7242"},"modified":"2025-10-05T20:54:51","modified_gmt":"2025-10-05T12:54:51","slug":"lepas-geram-rosak-kenderaan-rasmi-jpj","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7242","title":{"rendered":"Lepas geram rosak kenderaan rasmi JPJ"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Sebuah kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat perbuatan khianat di Pusat Niaga Paya Keladi di sini pada Rabu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian pada pada 9.45 pagi itu, cermin hadapan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V tersebut retak manakala cermin sisi dan penumpang kanan pula pecah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JPJ Terengganu, Mohd. Zamri Samion berkata, sewaktu kejadian kenderaan terbabit diletakkan di tempat letak kenderaan oleh pegawai terlibat yang sedang menghadiri kursus di premis berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) premis berhampiran mendapati perbuatan merosakkan kenderaan rasmi agensi tersebut disyaki dilakukan seorang lelaki.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSuspek dilihat telah menghentak cermin hadapan,sisi dan penumpang kenderaan tersebut dengan objek panjang seakan-akan sebatang kayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMotif kejadian masih dalam siasatan. Kita tidak tolak kemungkinan ia disebabkan kekerapan JPJ melakukan operasi penguatkuasaan sejak akhir-akhir ini,\u201d katanya pada sidang akhbar di pejabat JPJ Terengganu di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd. Zamri berkata, pihaknya percaya insiden itu bukan bermotif samun kerana barangan berharga di dalam kenderaan rasmi terbabit seperti komputer riba tidak diusik dan dilarikan suspek berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor yang dihubungi mengesahkan seorang lelaki berusia 57 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.&nbsp; &#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Sebuah kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengalami kerosakan teruk dipercayai akibat perbuatan khianat di Pusat Niaga Paya Keladi di sini pada Rabu lalu. Dalam kejadian pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7241,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[2069,495,472,1142,1620],"class_list":["post-7242","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-geram","tag-jpj","tag-kenderaan","tag-lepas","tag-rosak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7242","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7242"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7242\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7243,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7242\/revisions\/7243"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7242"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7242"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7242"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}