{"id":7160,"date":"2025-10-03T14:19:48","date_gmt":"2025-10-03T06:19:48","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7160"},"modified":"2025-10-03T14:20:21","modified_gmt":"2025-10-03T06:20:21","slug":"israel-sekat-hampir-semua-kapal-flotila-ke-gaza-kecuali-satu-marinette","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7160","title":{"rendered":"Israel sekat hampir semua kapal flotila ke Gaza kecuali satu, Marinette"},"content":{"rendered":"\n<p>LONDON: Israel menyatakan bahawa mereka telah menghentikan flotila yang membawa bantuan ke Gaza dengan tentera lautnya memintas kesemua kecuali satu kapal yang cuba memecahkan sekatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Daripada 42 kapal yang dijejaki secara dalam talian oleh Global Sumud Flotilla (GSF), 41 kapal dilaporkan telah disahkan atau dianggap telah dihentikan oleh pasukan Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehingga petang semalam, GSF memulakan siaran langsung di Instagram menayangkan rakaman sebuah kapal bernama Marinette yang masih berlayar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Marinette masih berlayar dengan gagah,&#8221; kata GSF walaupun kapal itu kelihatan berada lebih jauh di laut dan sejajar dengan pantai Mesir.<\/p>\n\n\n\n<p>Kapal itu dilapor berada kira-kira 80 batu nautika dari Gaza malam tadi dan 10 batu nautika dari lokasi Israel yang memintas bot lain dalam flotila terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Kementerian Luar Israel, yang menyifatkan misi flotila itu sebagai satu provokasi berkata &#8220;semua penumpang selamat dan dalam keadaan sihat&#8221;, dan &#8220;mereka sedang dibawa ke Israel dengan selamat, dan dari situ mereka akan dihantar pulang ke Eropah.<\/p>\n\n\n\n<p>Kapal-kapal dari flotila itu, yang membawa kira-kira 500 orang termasuk ahli parlimen, peguam dan aktivis \u2014 termasuk aktivis iklim Sweden, Greta Thunberg \u2014 telah dinaiki oleh tentera Israel lewat malam kelmarin, kira-kira 75 batu nautika dari pantai Gaza. &#8211; Berita Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LONDON: Israel menyatakan bahawa mereka telah menghentikan flotila yang membawa bantuan ke Gaza dengan tentera lautnya memintas kesemua kecuali satu kapal yang cuba memecahkan sekatan. Daripada 42 kapal yang dijejaki&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7159,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[604,856,2032],"class_list":["post-7160","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-ditahan","tag-kapal","tag-sumud"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7160","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7160"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7160\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7161,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7160\/revisions\/7161"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7159"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7160"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7160"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7160"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}