{"id":7076,"date":"2025-09-29T17:00:48","date_gmt":"2025-09-29T09:00:48","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7076"},"modified":"2025-09-29T17:01:36","modified_gmt":"2025-09-29T09:01:36","slug":"mtl-masjid-ar-rahman-pulau-redang-berisiko-rosak-jika-tiada-langkah-pemulihan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7076","title":{"rendered":"MTL: Masjid Ar-Rahman, Pulau Redang berisiko rosak jika tiada langkah pemulihan"},"content":{"rendered":"\n<p>BESUT: Masjid Ar-Rahman, di Pulau Redang, berdepan risiko struktur bangunan rosak sekiranya tidak dibaikpulih susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal melanda.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Pulau Perhentian Abdul Aziz Che Abdullah berkata, pagar di tepi masjid sepanjang kira-kira 18 meter sudah runtuh akibat dibadai ombak serta hakisan pantai, Januari lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan namun tiada tindakan segera,&#8221; katanya ditemui di masjid berkenaan, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, sekiranya tiada tindakan dilaksanakan bagi memulihkan keadaan seperti meletakkan benteng penahan ombak serta membaikpulih kerosakan keadaan akan bertambah buruk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masjid ini dibina semula bagi menggantikan masjid lama dengan berkonsepkan masjid terapung mampu memuatkan kira-kira 500 jemaah dan beroperasi sejak 2013,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, sebelum ini sudah ada usaha pihak berwajib meletakkan benteng penahan ombak namun batu yang digunakan batu kecil serta turut dihanyutkan aliran arus ombak yang deras.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sepatutnya saiz batu yang digunakan adalah besar untuk memecahkan ombak besar serta mengurangkan hakisan pada bahagian bawah masjid.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam tempoh beberapa bulan ini kami dapati berlaku rekahan di beberapa tiang serta dinding masjid,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bilal masjid, Mahasan Ab. Razak,66, berkata, kos pembinaan semula masjid berkenaan sebelum ini mencecah jutaan ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita tidak mahu disebabkan masalah hakisan pantai serta ombak besar ini akan menjejaskan masjid yang turut menjadi salah satu produk pelancongan Islam di pulau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selain itu isu keselamatan jemaah juga perlu ditititberatkan kerana sepanjang MTL masjid ini tetap beroperasi seperti biasa,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mereka berharap pihak berkenaan segera membina benteng penahan ombak serta membaik pulih struktur bangunan masjid yang rosak ini sebelum tiba musim MTL dijangka pada bulan depan. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BESUT: Masjid Ar-Rahman, di Pulau Redang, berdepan risiko struktur bangunan rosak sekiranya tidak dibaikpulih susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal melanda. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Pulau Perhentian Abdul Aziz&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7075,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[603,1701,935,952,1620],"class_list":["post-7076","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-masjid","tag-mtl","tag-pulau","tag-redang","tag-rosak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7076","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7076"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7076\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7077,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7076\/revisions\/7077"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7076"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7076"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7076"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}