{"id":7026,"date":"2025-09-27T18:32:55","date_gmt":"2025-09-27T10:32:55","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7026"},"modified":"2025-09-27T18:33:40","modified_gmt":"2025-09-27T10:33:40","slug":"murid-tahun-tiga-maut-jatuh-dalam-saluran-kumbahan-di-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=7026","title":{"rendered":"Murid Tahun Tiga maut jatuh dalam saluran kumbahan di sekolah"},"content":{"rendered":"\n<p>SEREMBAN: Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng di sini maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada pagi Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, mangsa berusia sembilan tahun yang juga anak kepada Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan terjatuh ketika memijak penutup lubang jenis fiber di kawasan sekolah semasa program kejohanan sukan olahraga di sekolah tersebut sekitar jam 9 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin yang turut berada di lokasi ketika kejadian bagi perasmian majlis berkenaan berkata, turut bergegas ke lokasi sebaik dimaklumkan berhubung kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Asna berkata, ketika itu ramai murid berada di kawasan belakang sekolah kerana berlangsungnya Hari Sukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeorang murid perempuan memaklumkan ada budak terjatuh ke dalam lubang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bersama beberapa yang lain terus ke lokasi, tetapi pada mulanya memang tak nampak apa-apa. Bila turun ke bawah, barulah nampak topi dan kasut sekolah terapung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, salah seorang penduduk bertindak menyelam ke dasar bagi mengeluarkan mangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMangsa segera dibawa naik ke atas. Difahamkan mangsa berada di dalam longkang itu selama kira-kira 10 minit sebelum berjaya dibawa naik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha menyelamat diteruskan hampir 30 minit termasuk bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ketibaan ambulans. Namun pihak hospital kemudiannya mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Asna berkata, bangunan sekolah tersebut baru sahaja dirasmikan pada tahun lalu dan sepatutnya telah memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CF) sebelum diserahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun, saya akan tunggu laporan lengkap terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk mendapatkan rawatan. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBedah siasat akan dijalankan di Hospital Rembau bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. Setakat ini, siasatan awal mendapati insiden berlaku akibat kemalangan dan tiada unsur jenayah dikenal pasti,\u201d ujarnya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEREMBAN: Seorang murid lelaki sebuah sekolah rendah di Lenggeng di sini maut selepas terjatuh ke dalam saluran kumbahan sedalam 1.8 meter di sekolah berkenaan dalam kejadian menyayat hati pada pagi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":7025,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[462,2000,362],"class_list":["post-7026","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-jatuh","tag-kumbahan","tag-murid"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7026","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=7026"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7026\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7027,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/7026\/revisions\/7027"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7025"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=7026"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=7026"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=7026"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}