{"id":6953,"date":"2025-09-24T15:26:16","date_gmt":"2025-09-24T07:26:16","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6953"},"modified":"2025-09-24T15:27:37","modified_gmt":"2025-09-24T07:27:37","slug":"spesies-burung-dilindungi-bernilai-rm100300-dirampas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6953","title":{"rendered":"Spesies burung dilindungi bernilai RM100,300 dirampas"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERWNGGANU: Pelbagai spesies burung dilindungi bernilai RM100,300 dirampas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sebuah premis di Kampung Getang, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Komander Pasukan Polis Marin, Asisten Komisioner Zulafendi Hassan berkata, dalam operasi kira-kira 1 tengah hari itu, pihaknya menemui 29 ekor burung pelbagai spesies yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, antara burung yang ditemui iaitu 18 ekor burung disyaki serindit, Bayan Puling (enam), Merbah Luris Leher (tiga), dan masing-masing seekor burung Murai Batu dan burung daun serta 14 unit sangkar.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM100,300 dan pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun mengakui kesemua hidupan liar itu adalah miliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Lelaki itu juga gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit khad daripada Perhilitan dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan siasatan lanjut masih dijalankan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, tindakan memiliki, menyimpan dan memperdagangkan hidupan liar tanpa kebenaran adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman berat. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERWNGGANU: Pelbagai spesies burung dilindungi bernilai RM100,300 dirampas dalam serbuan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sebuah premis di Kampung&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6952,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1534,1679,144],"class_list":["post-6953","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-burung","tag-dilindungi","tag-rampas"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6953","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6953"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6953\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6954,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6953\/revisions\/6954"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6952"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6953"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6953"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6953"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}