{"id":6884,"date":"2025-09-21T16:01:09","date_gmt":"2025-09-21T08:01:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6884"},"modified":"2025-09-21T16:33:49","modified_gmt":"2025-09-21T08:33:49","slug":"tapak-ecrl-kertih-diisytihar-zon-larangan-masuk-selepas-kebocoran-gas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6884","title":{"rendered":"Tapak ECRL Kertih diisytihar zon larangan masuk selepas kebocoran gas"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) susulan insiden kebocoran paip gas, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Semua aktiviti pembinaan serta kerja di kawasan kebocoran paip gas di Seksyen 5, Kertih, Kemaman, di sini, dikeluarkan hari ini dan sehingga keadaan disahkan selamat digunakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah JKKP negeri, Ir Noorazman Soud berkata, Petronas Gas Berhad (PGB) dan syarikat yang terbabit dalam projek itu sudah diarah menyediakan laporan lengkap hasil siasatan insiden itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, JKKP negeri sudah menghantar sepasukan pegawai ke lokasi insiden untuk melakukan siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita akan menjalankan siasatan secara lengkap dan tindakan perundangan akan dikenakan jika siasatan mendapati terdapat pelanggaran atau kecuaian,&#8221; katanya ketika dihubungi hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.53 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kebocoran paip gas jenis butana yang dikenal pasti sebagai bahan mudah terbakar sejauh kira-kira dua kilometer daripada laluan utama tidak membabitkan kawasan perkampungan atau kediaman penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Noorazman berkata, insiden kebocoran paip gas itu disedari pekerja di tapak pembinaan selepas mendapati asap putih dikesan di kawasan tapak projek, jam 9.49 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, siasatan awal mendapati PGB segera mengambil tindakan kecemasan apabila membunyikan siren kecemasan dan mengarahkan semua pekerja mengosongkan kawasan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;PGB juga mengambil tindakan segera apabila menutup dua injap utama untuk mengawal kebocoran dan sedang melakukan kerja pengosongan gas daripada paip,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika mengulas tempoh larangan kerja, Noorazman berkata, proses penutupan dan larangan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, JKKP negeri juga mengisytiharkan kawasan insiden sebagai zon larangan masuk dan kawalan keselamatan 24 jam dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang awam dilarang sama sekali untuk mendekati lokasi insiden bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita akan menjalankan siasatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan majikan yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum denda sehingga RM500,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,&#8221; katanya. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) susulan insiden kebocoran paip gas, semalam. Semua aktiviti pembinaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6883,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71,51],"tags":[510,480,770,803],"class_list":["post-6884","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","category-negeri","tag-bocor","tag-gas","tag-larangan","tag-masuk"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6884","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6884"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6884\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6885,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6884\/revisions\/6885"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6884"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6884"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6884"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}