{"id":6847,"date":"2025-09-18T16:01:56","date_gmt":"2025-09-18T08:01:56","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6847"},"modified":"2025-09-18T16:02:44","modified_gmt":"2025-09-18T08:02:44","slug":"pembangunan-kampong-bharu-perlu-utamakan-kepentingan-melayu-sultan-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6847","title":{"rendered":"Pembangunan Kampong Bharu perlu utamakan kepentingan Melayu &#8211; Sultan Selangor"},"content":{"rendered":"\n<p>KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar isu pembangunan semula tanah di&nbsp;Kampong Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda bertitah, tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira,\u201d titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut baginda, Kampong Bharu ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian hasil kurniaan Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (MAS).<\/p>\n\n\n\n<p>Sultan Sharafuddin turut mengimbas susur galur sejarah serta peristiwa penting orang Melayu yang berlaku di Kampong Bharu yang harus dipelihara kerana ia mempunyai ikatan rapat dengan keluarga diraja Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampong Bharu ketika ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir dan membesar di Kampong Bharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai nadi pembangunan Kuala Lumpur pada suatu ketika, Kampong Bharu turut menjadi lokasi bersejarah penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apabila Kongres Melayu SeMalaya 1946 berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemasa tragedi 13 Mei 1969, Kelab Sultan Sulaiman dijadikan tempat perlindungan orang Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPadang kelab itu juga pernah digunakan sebagai tempat latihan pasukan bola sepak Selangor sebelum wujudnya Stadium Merdeka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKini, bangunan warisan Kelab Sultan Sulaiman masih menjadi hak milik Kerajaan Negeri Selangor,\u201d titah baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Sultan Sharafuddin bertitah, sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kediaman rasmi Dato\u2019 Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga berada di Kampong Bharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih nostalgik, Masjid Jamek Kampong Bharu yang dirasmikan Sultan Selangor ke-6, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah juga kekal di lokasi sedia ada dan tidak boleh dipindahkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSesungguhnya, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga jangka masa panjang,\u201d titah baginda. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar isu pembangunan semula tanah di&nbsp;Kampong Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6846,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1256,178,1970,622],"class_list":["post-6847","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-kepentingan","tag-melayu","tag-selangor","tag-sultan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6847","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6847"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6847\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6848,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6847\/revisions\/6848"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6846"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6847"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6847"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6847"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}