{"id":6764,"date":"2025-09-13T21:27:34","date_gmt":"2025-09-13T13:27:34","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6764"},"modified":"2025-09-13T21:33:52","modified_gmt":"2025-09-13T13:33:52","slug":"lagi-kes-buli-di-sabah-pelajar-tingkatan-2-ditendang-senior-ditumbuk-kerana-lewat-masuk-asrama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6764","title":{"rendered":"Lagi kes buli di Sabah: Pelajar Tingkatan 2 ditendang senior, ditumbuk kerana lewat masuk asrama"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Limauan, dekat Kinarut cedera ditendang senior dipercayai kerana lambat masuk ke bilik asrama.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian berlaku pada malam 7 September lalu, sebelum ibu pelajar terbabit, 42, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar pada 9 September lalu, disusuli laporan kedua di IPD Kota Kinabalu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguam mewakili ibu mangsa, Nurshalilah Fauzan Mailin, berkata kejadian dipercayai berunsur buli itu berlaku jam 11 malam di sekolah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mangsa mendakwa ditendang pada perut, ditampar pipi dan ditumbuk hidung oleh seorang pelajar Tingkatan Empat sehingga mengakibatkan kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada malam sama, mangsa juga diminta &#8216;menggosok&#8217; baju oleh seorang pelajar Tingkatan Tiga sekolah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Anak guam saya membuat laporan polis selepas dimaklumkan oleh salah seorang guru sekolah berhubung kejadian itu,&#8221; katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Kota Kinabalu, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Nurshalilah berkata, beliau percaya dan yakin pihak IPD Papar mungkin sedang menjalankan siasatan, namun beberapa hari ini seolah-olah ada usaha cubaan untuk kes ini diselesaikan secara baik antara ibu bapa pelajar yang membuli dengan anak guamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jika perkara ini diselesaikan sebegitu, kejadian buli akan terus berlaku tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil kepada pembuli atau pelajar yang melakukan kesalahan seperti ini,&#8221; katanya.- Berita Harian<br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA KINABALU: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Limauan, dekat Kinarut cedera ditendang senior dipercayai kerana lambat masuk ke bilik asrama. Kejadian berlaku pada malam 7 September&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6766,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1943,547,1457,1139],"class_list":["post-6764","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-berulang","tag-dera","tag-kes","tag-sabah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6764","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6764"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6764\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6765,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6764\/revisions\/6765"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6766"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6764"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6764"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6764"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}