{"id":6695,"date":"2025-09-10T20:36:21","date_gmt":"2025-09-10T12:36:21","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6695"},"modified":"2025-09-10T20:36:56","modified_gmt":"2025-09-10T12:36:56","slug":"sprm-kerjasama-dengan-pihak-berkuasa-uk-siasat-aset-tun-m-keluarga-dan-sekutu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6695","title":{"rendered":"SPRM kerjasama dengan pihak berkuasa UK siasat aset Tun M, keluarga dan sekutu"},"content":{"rendered":"\n<p>PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa United Kingdom bagi menyiasat aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli keluarga serta sekutunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama itu dilaksanakan menerusi Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance, MLA) dengan National Crime Agency (NCA) United Kingdom yang dimeterai pada Disember tahun lalu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sumber berkata, SPRM sebelum ini mengadakan beberapa siri pertemuan dengan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC), unit khas di bawah NCA berpusat di London bagi membincangkan siasatan berkenaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;SPRM kini menunggu senarai rasmi aset daripada pihak berkuasa United Kingdom melibatkan beberapa negara termasuk Kanada, Switzerland, Jepun dan United Kingdom sendiri.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebaik maklumat lengkap diperoleh, SPRM akan memulakan proses perundangan untuk tindakan sitaan serta pelucuthakan aset yang dikenal pasti, sebagaimana dilakukan dalam kes membabitkan Tun Daim Zainuddin sebelum ini,&#8221; katanya pada Selasa.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sumber itu menegaskan, usaha mengesan dan memulangkan aset yang dipercayai diseleweng bukan perkara mudah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hal ini kerana melibatkan instrumen perundangan antarabangsa selain memerlukan kerjasama pelbagai pihak luar negara.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Namun siasatan tetap diteruskan secara telus bagi memastikan semua aset haram dapat dipulangkan kepada negara,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Setakat ini, SPRM sudah memanggil dua anak kepada Dr Mahathir untuk mengisytiharkan aset yang dimiliki di dalam dan luar negara.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat daripada agensi penguat kuasa luar negara berhubung perkara itu. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa United Kingdom bagi menyiasat aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli keluarga serta sekutunya. Kerjasama itu&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6694,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52,71],"tags":[1231,612,207,222,1400,1915],"class_list":["post-6695","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","category-negara","tag-harta","tag-mahathir","tag-siasat","tag-sprm","tag-tun","tag-uk"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6695","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6695"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6695\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6696,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6695\/revisions\/6696"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6695"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6695"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6695"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}