{"id":6609,"date":"2025-09-05T15:05:17","date_gmt":"2025-09-05T07:05:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6609"},"modified":"2025-09-05T15:05:51","modified_gmt":"2025-09-05T07:05:51","slug":"dua-beradik-lemas-bapa-teman-wanita-direman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6609","title":{"rendered":"Dua beradik lemas: Bapa, teman wanita direman"},"content":{"rendered":"\n<p>PORT DICKSON: Polis menahan reman bapa kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia\u00a0akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas di sini pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, turut ditahan kekasih kepada bapa kanak-kanak itu selepas permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Seremban.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujarnya, reman terhadap suspek bermula pada 5 September hingga 11 September bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun dan wanita berusia 41 tahun ditahan selepas didapati memberi keterangan yang meragukan berhubung kejadian terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemakan mendapati suspek lelaki mempunyai 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes yang masih dikehendaki, manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUjian air kencing terhadap kedua-dua mereka didapati negatif, namun semakan ke atas kereta yang digunakan didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang dalam satu laporan polis di Nusa Bestari, Johor pada tahun 2022,\u201d katanya<\/p>\n\n\n\n<p>Dua beradik berusia enam dan lapan tahun lemas selepas kereta yang dinaiki bersama bapa dan seorang wanita terjatuh ke dalam sungai berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan ketika kejadian, kereta tersebut diparkir di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan, sementara bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PORT DICKSON: Polis menahan reman bapa kepada dua kanak-kanak yang meninggal dunia\u00a0akibat lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas di sini pada Khamis. Ketua Polis&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6608,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[114,149,405,64,1878,1879],"class_list":["post-6609","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-anak","tag-bapa","tag-dua","tag-lemas","tag-teman","tag-wanita-ditahan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6609","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6609"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6609\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6610,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6609\/revisions\/6610"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6608"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6609"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6609"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6609"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}