{"id":6598,"date":"2025-09-05T10:00:44","date_gmt":"2025-09-05T02:00:44","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6598"},"modified":"2025-09-05T10:01:20","modified_gmt":"2025-09-05T02:01:20","slug":"hayati-ajaran-rasulullah-saw-panduan-terbaik-bina-negara-bangsa-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6598","title":{"rendered":"Hayati ajaran Rasulullah SAW, panduan terbaik bina negara bangsa &#8211; PM"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Penghayatan dan kefahaman mendalam terhadap ajaran Rasulullah SAW, berupaya melahirkan umat Islam yang berperanan menjadi penggerak kepada pembinaan negara bangsa berasaskan nilai Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata, warisan ditinggalkan Baginda melalui kepimpinan di Madinah juga adalah contoh terbaik sebagai panduan dalam menghadapi pelbagai cabaran kini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Melalui kepimpinan Nabi Muhammad SAW di Madinah, Baginda meletakkan asas-asas kemadanian seperti martabat insan, prinsip keadilan dan kedaulatan hukum, nilai ilmu serta akhlak dan nilai-nilai kemanusiaan berasaskan nilai keagamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masyarakat madani dalam erti umat yang berjaya dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah itu adalah khayra ummah, iaitu masyarakat atau umat unggul yang dicirikan oleh iman, nilai-nilai khayr (kebaikan), bermanfaat kepada kemanusiaan sejagat, beriltizam terhadap tanggungjawab pendaulatan nilai-nilai makruf dan pembasmian gejala mungkar,&#8221; katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau sempena sambutan Maulidur Rasul, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar sekali gus mengajak umat Islam menghayati dan menjadikan ajaran serta warisan Baginda sebagai panduan terbaik untuk terus bekerja lebih kuat, berdisiplin dan optimis terhadap masa depan umat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika manusia dahagakan tauladan dan contoh budiman, beliau berkata, susuk Rasulullah SAW menawarkan wawasan serta aspirasi kemanusiaan yang menyerlahkan suara kejujuran dan kejernihan jiwa.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rasulullah SAW bukan sekadar peribadi unggul, Baginda juga simbol perpaduan dan pemimpin yang dihubungkan dengan Madinat al-Nabi yang sarat dengan nilai.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Istilah al-Madinat al-Munawwarah pula mengisyaratkan tamadun kekotaan didasari cahaya (petunjuk wahyu) dan mengakar pada asas tauhid.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia membayangkan aspirasi pembinaan kota sebagai tapak tamadun yang kemudian memberi dampak besar kepada dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Berakar kepada sunnah kenabian dan berpohon kepada rahmah Allah SWT, ayuh kita hadapi ranjau dalam kembara membina bangsa dan negara dengan contoh serta hikmah ar-Rasul,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Penghayatan dan kefahaman mendalam terhadap ajaran Rasulullah SAW, berupaya melahirkan umat Islam yang berperanan menjadi penggerak kepada pembinaan negara bangsa berasaskan nilai Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6597,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[123,1872,281,1873],"class_list":["post-6598","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-anwar","tag-maulidur","tag-pm","tag-rasul"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6598","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6598"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6598\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6599,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6598\/revisions\/6599"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6598"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6598"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6598"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}