{"id":6536,"date":"2025-09-02T08:13:32","date_gmt":"2025-09-02T00:13:32","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6536"},"modified":"2025-09-02T08:16:58","modified_gmt":"2025-09-02T00:16:58","slug":"transaksi-sara-dua-hari-cecah-rm110-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6536","title":{"rendered":"Transaksi SARA dua hari cecah RM110 juta"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM: Walaupun baharu memasuki hari kedua pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan penyaluran SARA bulanan, lebih 1.7 juta penerima sudah berbelanja dengan jumlah transaksi mencecah RM110 juta di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Kewangan (MoF) berkata, setakat jam 9.30 malam, lebih 900,000 rakyat berjaya menyempurnakan perbelanjaan mencecah RM60 juta di seluruh negara pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari kedua pelaksanaan Penghargaan SARA dan penyaluran SARA bulanan terus mencatat transaksi yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSecara keseluruhan, lebih 1.7 juta penerima telah berjaya berbelanja dalam tempoh dua hari dengan nilai jualan mencecah RM110 juta di seluruh negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 850,000 rakyat berbelanja lebih RM50 juta pada Ahad iaitu hari pertama pelaksanaan Penghargaan SARA setakat jam 9.30 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Penghargaan SARA RM100 merupakan bantuan tunai diberikan kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang dikreditkan ke dalam MyKad.<\/p>\n\n\n\n<p>MoF menjelaskan, berikutan ledakan transaksi yang direkodkan pada Ahad, peningkatan kapasiti sistem yang dilaksanakan oleh MyKasih telah membolehkan 20 peratus lebih banyak transaksi diproses hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, meskipun kapasiti telah dipertingkatkan, sistem masih mencatatkan kesesakan pemprosesan transaksi di beberapa lokasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeberapa pasar raya besar di kawasan bandar turut mengalami kesesakan semasa waktu puncak antara jam 1 hingga 2.30 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi menguruskan situasi ini, petugas MyKasih telah ditempatkan di pasar raya besar untuk membantu menyelesaikan isu secara terus di lapangan dan memberikan sokongan kepada peniaga,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, MoF menasihatkan orang ramai supaya merancang pembelian pada waktu bukan puncak, seperti pagi pada hari bekerja bagi mengelakkan kesesakan dan melancarkan urusan pembelian.<\/p>\n\n\n\n<p>Kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah sehingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM: Walaupun baharu memasuki hari kedua pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan penyaluran SARA bulanan, lebih 1.7 juta penerima sudah berbelanja dengan jumlah transaksi mencecah RM110 juta di&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6535,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1842,401,796,1841],"class_list":["post-6536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-belah","tag-beli","tag-sara","tag-transaksi"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6537,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6536\/revisions\/6537"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}