{"id":6352,"date":"2025-08-26T07:34:41","date_gmt":"2025-08-25T23:34:41","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6352"},"modified":"2025-08-26T07:35:21","modified_gmt":"2025-08-25T23:35:21","slug":"pegawai-top-5-dbkl-ditahan-sprm-rampas-kereta-mewah-beg-berjenama-beku-akaun-rm7-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6352","title":{"rendered":"Pegawai &#8216;Top 5&#8217; DBKL ditahan, SPRM rampas kereta mewah, beg berjenama, beku akaun RM7 juta"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini&nbsp;mengesahkan&nbsp;tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana terbabit dalam kegiatan rasuah dipercayai sejak 11 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pegawai kanan yang ditahan dipercayai dalam kalangan pegawai gred Jusa B.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin, ketika dihubungi BH, mengesahkan tangkapan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sahkan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,&#8221; katanya tanpa mengulas lanjut, di sini malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>BH&nbsp;<a href=\"https:\/\/www.bharian.com.my\/berita\/kes\/2025\/08\/1437996\/pegawai-kanan-dalam-top-5-dbkl-2-kontraktor-ditahan-kes-rasuah-projek-it\">melaporkan<\/a>&nbsp;seorang pegawai kanan yang berada dalam kalangan &#8216;Top 5&#8217; pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>BH difahamkan, penahanan itu mempunyai kaitan dengan perolehan bagi sebuah projek berkaitan teknologi maklumat (IT).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan itu, satu sumber berkata turut ditahan seorang pemilik syarikat dan seorang orang awam kerana disyaki terbabit rasuah sejak 2014.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dua suspek yang juga pemilik syarikat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 1 hingga 2 petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suspek lelaki yang berkhidmat di agensi PBT di ibu negara berusia lingkungan 50-an pula ditahan sekitar jam 4 petang tadi di pejabatnya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber berkata, ketiga-tiga suspek dipercayai terbabit rasuah sejak 2014, yang mana suspek berjawatan pemilik syarikat itu dipercayai membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di agensi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500h serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Herm\u00e8s dan Louis Vuitton.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;SPRM juga membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat membabitkan nilai lebih RM7 juta,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini&nbsp;mengesahkan&nbsp;tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan kerana terbabit dalam kegiatan rasuah dipercayai sejak 11 tahun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6351,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[529,1423,106,222,729],"class_list":["post-6352","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dbkl","tag-pegawai","tag-rasuah","tag-sprm","tag-tahan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6352","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6352"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6353,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6352\/revisions\/6353"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6351"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}