{"id":6339,"date":"2025-08-25T16:32:46","date_gmt":"2025-08-25T08:32:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6339"},"modified":"2025-08-25T19:44:51","modified_gmt":"2025-08-25T11:44:51","slug":"pengusaha-khidmat-urutan-kecantikan-terima-barangan-bernilai-rm6000","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6339","title":{"rendered":"Pengusaha khidmat urutan, kecantikan terima barangan bernilai RM6,000"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>DUNGUN: Seorang pengusaha perkhidmatan urutan dan kecantikan wanita daerah ini menerima barangan bernilai RM6,000 menerusi Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu, Dr. Faridah Mat berkata, SPKLB merupakan salah satu program di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, program SPKLB ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan sokongan kepada para usahawan luar bandar yang ingin mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Program ini juga dapat menyediakan peluang kepada usahawan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan mereka bagi tujuan pemasaran yang lebih luas,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6342\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00502209765481600711722.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">DR. FARIDAH Mat (tengah) menyampaikam replika cek kepada Noraishah Abd. Rashid (kanan) sambil ditemani Zaini Muhamad\u00a0pada <br>Majlis Penyerahan Bantuan Barangan SPKLB Tahun 2025 KEMAS Negeri Terengganu di Plumeria SPA &amp; Beauty, Kampung Pak Sabah, Dungun, hari ini.\u00a0 &#8211; SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Bantuan Barangan SPKLB Tahun 2025 KEMAS Negeri Terengganu yang diadakan di Plumeria SPA &amp; Beauty, Kampung Pak Sabah, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama, Pegawai KEMAS Daerah Dungun, Zaini Muhamad dan penyelia KEMAS Daerah Dungun.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis tersebut, usahawan bimbingan KEMAS Daerah Dungun, Noraishah Abd. Rashid yang merupakan usahawan perkhidmatan urutan dan kecantikan wanita &#8220;Plumeria SPA &amp; Beauty&#8221; menerima Hair steamer, Portable oxygen injector, Electric towel warmer, SPA 7 colour PDT facial LED light therapy, Facial lamp, Skin scanner with LCD screen, Facial bed dan 3 in 1 facial steamer.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Faridah berkata, program SPKLB ini telah lama diperkenalkan dan dua tahun lalu KEMAS Terengganu menerima RM10,000 untuk diagihkan dalam lima bidang iaitu bidang masakan \/ pembuatan makanan, bidang jahitan, bidang pendadanan diri, bidang kraftangan dan bidang komputer.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tahun lepas kita mendapat lima projek yang mana kebanyakannya tertumpu kepada bidang masakan \/ pembuatan makanan. Setiap tahun memang ada projek tetapi bergantung kepada bajet kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada ahun ini, KEMAS Terengganu mendapat dua projek, satu di Dungun dan satu lagi Hulu Terengganu. Kedua dua projek ini merupakan bidang pendadanan diri dan pembuatan makanan,&#8221; ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-6344\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810-300x169.jpg 300w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810-768x432.jpg 768w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/img-20250825-wa00475923265722156836810.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Noraishah Abd. Rashid merawat pelanggan di Plumeria SPA &amp; Beauty di Kampung Pak Sabah, Dungun, hari ini.- SUARA TIMUR\/MUKHATAR A. RAHMAN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau memberitahu, semua pemohon merupakan peserta KEMAS yang telah mengikuti kursus anjuran KEMAS Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, mereka layak memohon bantuan dan pihaknya akan menilai dari segi keperluan dan syarat sebelum permohonan dihantar kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah untuk diluluskan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apabila permohonan diluluskan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan membeli peralatan yang diperlukan oleh peserta dan menyerahkan kepada KEMAS negeri untuk diserahkan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambahnya, KEMAS juga menawarkan kursus gunting rambut kepada golongan belia dengan mengikuti kursus selama tiga hari dan bantuan sebanyak RM2,000 hingga RM5,000 kepada peserta yang berjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Di Dungun KEMAS juga telah mengenal pasti seorang peserta masakan dan KEMAS akan membekalkan \u201cSmart Cabin\u201d yang bernilai RM30,000 termasuk peralatan dalam masa terdekat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Noraishah Abd. Rashid ketika ditemui Suara Timur berkata, Plumeria SPA &amp; Beauty ditubuhkan pada tahun 2024 dengan anggaran kos sebanyak RM2,000 hingga RM5,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, beliau pernah mengikuti kursus Quickwin, Kursus Coaching Keusahawanan , Kursus Pemasaran Digital anjuran KEMAS Daerah Dungun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarapan saya di masa hadapan Plumeria SPA &amp; Beauty dapat membuka cawangan lain dan membuka sebuat pusat bertauliah,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Noraishah memberitahu, ntara produk yang dikeluarkan oleh Plumeria SPA &amp; Beauty ialah Minyak Aura Seri Wajah, Scrub kopi dan Minyak Urutan Badan. &#8211; Suara Timur<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN DUNGUN: Seorang pengusaha perkhidmatan urutan dan kecantikan wanita daerah ini menerima barangan bernilai RM6,000 menerusi Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB). Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6341,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[304,862,1789,1574,1788],"class_list":["post-6339","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-bantuan","tag-dapat","tag-kecantikan","tag-pengusaha","tag-urutan"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6339","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6339"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6339\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6350,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6339\/revisions\/6350"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6341"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6339"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6339"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6339"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}