{"id":6332,"date":"2025-08-25T14:34:28","date_gmt":"2025-08-25T06:34:28","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6332"},"modified":"2025-08-25T14:35:03","modified_gmt":"2025-08-25T06:35:03","slug":"founder-buru-kosmetik-murah-abai-amaran-kesihatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6332","title":{"rendered":"&#8216;Founder&#8217; buru kosmetik murah, abai amaran kesihatan"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Lambakan produk kosmetik murah dari negara jiran menarik ramai usahawan Kelantan, yang dikenali sebagai founder, untuk menyeberang sempadan bagi membelinya secara pukal sama ada dalam bentuk kotak mahupun kilogram.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam keghairahan mendapatkan bekalan untuk perniagaan, ramai yang tidak mengendahkan sama ada produk itu selamat digunakan atau mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, trend itu membimbangkan kerana kebanyakan produk kosmetik yang dibawa masuk tidak melalui pemeriksaan keselamatan dan tidak berdaftar dengan kementerian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Usahawan berlumba-lumba membawa masuk produk ini kerana harga yang menarik dan akses mudah, tetapi mereka gagal mempertimbangkan risiko kesihatan serius yang terbabit,&#8221; katanya ketika dihubungi, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Zaini mengingatkan bahawa semua produk kosmetik mesti didaftarkan dengan Agensi Kawal Selia Farmaseutikal Negara (NPRA) sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Produk yang tidak berdaftar mungkin mengandungi bahan terlarang seperti merkuri atau hidrokuinon, yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan jangka panjang,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, dari 2023 hingga Ogos 2025, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Kelantan menjalankan 185 serbuan, membawa kepada rampasan bernilai RM2.1 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Operasi itu membabitkan 190 jenis produk kosmetik bernilai RM180,000, di samping barangan lain yang tidak berdaftar,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Zaini berkata, unit penguatkuasaan juga bekerjasama rapat dengan Pasukan Gerakan Am (PGA), yang menyerahkan barangan yang dirampas ketika operasi di sempadan.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, antara 2023 dan Ogos 2025, PGA merampas kosmetik tidak berdaftar bernilai lebih RM842,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memberi amaran bahawa penjualan atau pemilikan kosmetik tidak berdaftar adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang boleh dihukum di bawah Akta Jualan Dadah 1952.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pesalah berulang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM100,000. &#8211; Harian Metro<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Lambakan produk kosmetik murah dari negara jiran menarik ramai usahawan Kelantan, yang dikenali sebagai founder, untuk menyeberang sempadan bagi membelinya secara pukal sama ada dalam bentuk kotak mahupun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[279,1787,397],"class_list":["post-6332","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-jual","tag-kosmetil","tag-murah"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6332","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6332"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6332\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6333,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6332\/revisions\/6333"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6332"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6332"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6332"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}