{"id":6220,"date":"2025-08-21T20:49:49","date_gmt":"2025-08-21T12:49:49","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6220"},"modified":"2025-08-21T20:50:38","modified_gmt":"2025-08-21T12:50:38","slug":"ikan-kelah-di-tasik-kenyir-lesap-pelancong-kecewa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6220","title":{"rendered":"Ikan kelah di Tasik Kenyir lesap, pelancong kecewa"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Kehilangan ikan kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir sejak Selasa lalu menimbulkan tanda tanya apabila spesies tarikan utama itu tiba-tiba lesap, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke kawasan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, pada Isnin lalu ikan kelah masih kelihatan di kawasan itu, namun pada keesokan harinya pengunjung yang hadir tidak menemui seekor pun spesies berkenaan termasuk ikan spesies lain.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kru rumah bot Tasik Kenyir, Aqmal Haqimi Abdullah, 24, berkata, kebiasaannya ikan kelah mudah dilihat terutama pada musim Julai dan Ogos, namun kali ini ia langsung tidak muncul.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelasa lalu saya bawa pelanggan dari Singapura dan Johor. Biasanya ikan ada, tapi hari itu memang tiada langsung. Tahun ini pertama kali kes seperti ini berlaku.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum ini, pada bulan Julai dan sekitar Ogos ini, keadaan sama pernah berlaku dua atau tiga kali, tapi biasanya ia akan kembali semula, cuma mengambil sedikit masa untuk muncul semula di situ.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab ia hilang kali ini saya tidak pasti. Mungkin ikan berasa terancam, tetapi sama ada melibatkan perbuatan manusia atau binatang, saya sendiri tidak dapat pastikan,\u201d katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengunjung yang melawat Santuari Kelah, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kecewa apabila tiada seekor pun ikan kelah kelihatan seperti kebiasaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, kejadian itu menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pelancong, terutama warga emas yang datang dari jauh dengan bayaran tiket yang agak tinggi.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiket masuk sekitar RM35 hingga RM50 seorang. Bila sampai, mereka langsung tidak dapat melihat seekor pun ikan. Ada yang mengadu kerana mereka datang semata-mata untuk pengalaman itu. Kami pun rasa serba salah,\u201d ujarnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, seorang pemandu bot yang enggan dikenali menyifatkan situasi tersebut cukup luar biasa kerana kebiasaannya ikan kelah akan timbul dalam kawanan setiap kali diberi makanan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelasa lalu, tiada seekor pun muncul. Ramai pelancong termasuk dari luar negara terkejut dan sedikit kecewa kerana tidak dapat melihat kelah yang selama ini menjadi simbol Tasik Kenyir.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSeorang pelancong dari Jerman turut melahirkan rasa hairan apabila tidak melihat spesies berkenaan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia pernah menonton video ikan kelah di YouTube dan datang semata-mata untuk menyaksikan sendiri. Bila sampai tiada seekor pun, dia berulang kali bertanya ke mana perginya ikan itu,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pelancong tempatan, Osman Zakaria, 59, berkata, beliau bersama rakan-rakan turut terkilan kerana kunjungan mereka tidak seperti yang diharapkan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami datang sebab nak tengok ikan kelah besar-besar yang selalu tular di media sosial, tapi bila sampai memang kosong. Semua terkejut dan tertanya-tanya ke mana hilangnya ikan itu,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pengusaha bot berkata, beliau difahamkan bahawa pihak pengurusan telah menutup sementara Santuari Kelah kepada orang awam bagi membolehkan siasatan dijalankan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini diambil bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti punca kejadian tanpa gangguan orang ramai,\u201d jelasnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Ketiadaan ikan kelah secara tiba-tiba itu turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penggiat pelancongan kerana ia boleh menjejaskan imej Tasik Kenyir yang setiap hari menerima ratusan pengunjung.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, keadaan tersebut turut menjejaskan sumber pendapatan mereka yang bergantung kepada alam semula jadi sebagai tarikan pelancong. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Kehilangan ikan kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir sejak Selasa lalu menimbulkan tanda tanya apabila spesies tarikan utama itu tiba-tiba lesap, sekali gus mencetuskan kekecewaan dalam kalangan pelancong&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6219,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[255,1556,1759],"class_list":["post-6220","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-ikan","tag-kelah","tag-lesap"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6220","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6220"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6220\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6221,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6220\/revisions\/6221"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6220"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6220"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6220"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}