{"id":6201,"date":"2025-08-21T16:41:29","date_gmt":"2025-08-21T08:41:29","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6201"},"modified":"2025-08-21T16:42:00","modified_gmt":"2025-08-21T08:42:00","slug":"kes-zara-qairina-guru-bi-tidak-mengaku-keluar-kenyataan-timbulkan-kegentaran-awam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6201","title":{"rendered":"Kes Zara Qairina: Guru BI tidak mengaku keluar kenyataan timbulkan kegentaran awam"},"content":{"rendered":"\n<p>SEPANG: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam mengenai kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir.<\/p>\n\n\n\n<p>Tertuduh, Siti Hajar Aflah Shaharuddin bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Khairatul Animah Jelani selepas pertuduhan selesai dibacakan pada prosiding pagi Khamis.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mengaku tidak bersalah,&#8221; kata Siti Hajar.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd Izhar dan Christhoper Enteri Mawan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan pertuduhan, Siti Hajar, 39, didakwa mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam melalui akaun TikTok SHA_Abrienda.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan itu didakwa dilakukan guru bahasa Inggeris (BI) yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Rawang, Selangor itu jam 1.20 petang pada 6 Ogos lalu yang mana kenyataan tersebut dilihat oleh pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Peguam, Mohamad Zaiful Bahrin Kamde memohon mahkamah membenarkan jaminan yang minimum memandangkan anak guamnya telah memberi kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sewaktu siasatan tertuduh sendiri telah menyerah diri kepada polis dan beliau tidak direman. Jadi, jelas tertuduh bukan seorang berisiko untuk melarikan diri.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tertuduh seorang ibu tunggal kepada tiga anak yang masih bersekolah berusia 12, 11 dan 10 tahun selain menanggung ibu bapa,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Khairatul Animah membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Oktober depan untuk serahan dokumen.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar dalam sidang media pada 13 Ogos lalu memaklumkan seorang wanita berusia 39 tahun turut ditahan di Rawang, Selangor kerana dipercayai menyebarkan maklumat tidak benar berhubung kes itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan guru mengakui kandungan TikToknya bahawa Zara Qairina mati dengan cara dimasukkan ke dalam mesin basuh hanya sekadar &#8216;content&#8217;.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Zara Qairina merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dia kemudiannya meninggal dunia pada 17 Julai sehari selepas itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kematian Zara Qairina mencetuskan fenomena dan tanda pagar #JusticeforZaraQairina sekali gus memberi tekanan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak berkuasa susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga mangsa di Facebook menjadi tular. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SEPANG: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam mengenai kematian pelajar Tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir. Tertuduh, Siti Hajar Aflah Shaharuddin bagaimanapun&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6200,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1756,501,180,1755,1646],"class_list":["post-6201","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-basuh","tag-bunuh","tag-guru","tag-mesin","tag-zara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6201","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6201"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6201\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6202,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6201\/revisions\/6202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6200"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6201"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6201"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6201"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}