{"id":6177,"date":"2025-08-20T14:58:54","date_gmt":"2025-08-20T06:58:54","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6177"},"modified":"2025-08-20T14:59:39","modified_gmt":"2025-08-20T06:59:39","slug":"pelajar-tingkatan-3-meninggal-dipercayai-terkena-jangkitan-kencing-tikus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6177","title":{"rendered":"Pelajar tingkatan 3 meninggal dipercayai terkena jangkitan kencing tikus"},"content":{"rendered":"\n<p>BESUT: Pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini maut dipercayai terkena jangkitan kencing tikus selepas mandi sungai di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, kira-kira seminggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa, Muhamad Amirul Hakim Suhaimi, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut kira-kira 10 malam, selepas kira-kira tiga jam dimasukkan ke hospital, Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ibu mangsa, Mek Jarah Ahmad, 52, berkata dia tidak tahu anaknya dijangkiti kencing tikus sehingga menyebabkan wanita itu kehilangan anak bonsu daripada empat beradik buat selama-lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya tidak tahu arwah sebelum ini pergi mandi sungai bersama rakan-rakan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selepas dia meninggal (dunia) baharu saya dapat tahu, itu pun kawan-kawan dia (arwah) yang beritahu,&#8221; katanya ditemui di kediamannya di Kampung Gong Duek, di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mek Jarah berkata, Rabu lalu, arwah mengalami demam dan menyangkakan ia hanya demam biasa memandangkan semua ahli keluarga mengalami keadaan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, keadaan kesihatan arwah semakin buruk dan mengalami muntah berdarah dan beranggapan kemungkinan tekaknya luka akibat demam berlarutan.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu katanya, dia dan suami membawa arwah ke Unit Kecemasan Hospital Besut untuk mendapat rawatan pada Isnin lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sebelum ini, saya sudah membawa arwah anak mendapatkan rawatan di klinik swasta, namun keadaan kesihatannya tidak berubah, malah semakin teruk sebelum membawa dia ke unit kecemasan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagaimanapun, keadaan semakin kritikal dan disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam dimasukkan ke hospital,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mek Jarah berkata, dia tidak menyangka arwah anak &#8216;pergi&#8217; dengan cepat kerana beberapa jam sebelum itu, dia mendakwa sempat menemani arwah menunaikan solat maghrib di rumah dan bercakap dengannya sebelum membawa kanak-kanak itu ke hospital.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, dia tidak menjangka sikap arwah yang manja dan meminta masakkan nasi ayam, nasi dagang dan nasi minyak serta makanan lain adalah petanda arwah akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sejak dua, tiga hari ini arwah sangat manja dan hanya mahu makan masakan air tangan saya saja,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jenazah Muhamad Amirul Hakim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong ketika dihubungi berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BESUT: Pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah ini maut dipercayai terkena jangkitan kencing tikus selepas mandi sungai di Kampung Pak Sik, Hulu Besut, kira-kira seminggu lalu. Mangsa, Muhamad Amirul&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6176,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[879,186,359,1746],"class_list":["post-6177","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-kencing","tag-meninggal","tag-pelajar","tag-tikus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6177","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6177"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6177\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6178,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6177\/revisions\/6178"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6176"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6177"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6177"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6177"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}