{"id":6152,"date":"2025-08-19T20:26:41","date_gmt":"2025-08-19T12:26:41","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6152"},"modified":"2025-08-19T20:27:28","modified_gmt":"2025-08-19T12:27:28","slug":"eda-ezrin-kembali-warnai-dunia-seni-minggu-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6152","title":{"rendered":"Eda Ezrin kembali warnai dunia seni minggu depan"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Selepas hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga, penyanyi Eda Ezrin dijangka kembali aktif dalam dunia seni minggu depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemunculan semula Eda Ezrin akan dimulakan dengan penggambaran video muzik bagi single terbarunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Eda Ezrin berkata, beliau menerima banyak tawaran persembahan dari Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain sejak dibebaskan dari Penjara Narathiwat pada 7 Ogos lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, buat masa ini beliau hanya bersedia menerima tawaran persembahan di Kelantan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan,&#8221; katanya ketika ditemui hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Temu bual bersama New Straits Times itu adalah penampilan pertama Eda secara bersemuka dengan pihak media selepas pembebasannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain menghidupkan semula kerjaya nyanyiannya, ibu kepada dua cahaya mata itu turut merancang untuk menceburi bidang perniagaan dengan keizinan suaminya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suami saya akan menemani saya bukan sahaja ketika membuat persembahan, malah turut bersama saya dalam perjalanan perniagaan nanti,&#8221; katanya sambil menyusun lirik untuk lagu baharunya.<\/p>\n\n\n\n<p>Eda Ezrin, suami dan empat individu lain dibebaskan dari penjara awal bulan ini selepas ditahan lebih sembilan bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesemua mereka ditahan polis Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu. Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 6,059 pil Yaba.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan keenam-enam individu tersebut daripada pertuduhan memiliki pil berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, pihak pendakwa raya Thailand memfailkan rayuan dan mahkamah membenarkan penahanan lanjut terhadap Eda Ezrin dan lima yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Penahanan tambahan selama enam bulan itu bertujuan memberi ruang kepada pendakwa raya untuk mencari saksi dan bukti tambahan bagi menyokong pertuduhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun sehingga hari terakhir penahanan pada 6 Ogos lalu, pihak pendakwa raya gagal mengemukakan sebarang bukti, sekali gus mendorong mahkamah untuk membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan mereka. &#8211; Berita Harian<br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Selepas hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga, penyanyi Eda Ezrin dijangka kembali aktif dalam dunia seni minggu depan. Kemunculan semula Eda Ezrin akan dimulakan dengan penggambaran video&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6151,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1220,1219,1731,1732,1733],"class_list":["post-6152","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-azrin","tag-eda","tag-kembalu","tag-seni","tag-suara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6152","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6152"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6152\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6153,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6152\/revisions\/6153"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6151"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}