{"id":6056,"date":"2025-08-16T14:09:12","date_gmt":"2025-08-16T06:09:12","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6056"},"modified":"2025-08-16T14:09:45","modified_gmt":"2025-08-16T06:09:45","slug":"bakal-pengantin-maut-terjatuh-dari-tingkat-27-kondominium","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6056","title":{"rendered":"Bakal pengantin maut terjatuh dari tingkat 27 kondominium"},"content":{"rendered":"\n<p>MELAKA: Seorang pemuda yang telah bertunang ditemukan maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 27 sebuah rumah inap kondominium di Kota Syahbandar di sini awal pagi Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku selepas mangsa berusia 24 tahun bersama tunangnya berusia 21 tahun baru beberapa jam mendaftar masuk ke rumah inap tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber berkata, kejadian disedari penyewa lain di tingkat lapan selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari kawasan kolam renang yang terletak di tingkat tujuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaksi memaklumkan ternampak objek seperti manusia dalam kolam dan terus menghubungi balai polis untuk mendapatkan bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPasukan polis yang tiba mengesahkan objek terapung dalam kolam renang adalah mayat seorang lelaki dengan keadaan tangan kirinya terputus, dipercayai terjatuh dari tingkat atas,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pasukan bomba turut dipanggil bagi membantu mengangkat mayat dari kolam sebelum dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa memberitahu tunangnya bahawa dia terdengar orang mengetuk pintu rumah sebelum keluar ke balkoni untuk cuba turun ke tingkat bawah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam kolam renang di tingkat tujuh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemakan melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) juga mendapati tiada pergerakan individu lain ketika kejadian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa demi menjaga sensitiviti keluarga. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MELAKA: Seorang pemuda yang telah bertunang ditemukan maut, dipercayai terjatuh dari tingkat 27 sebuah rumah inap kondominium di Kota Syahbandar di sini awal pagi Khamis. Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6055,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1699,497,462,99,1319],"class_list":["post-6056","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-bakal","tag-bangunan","tag-jatuh","tag-maut","tag-pengantin"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6056","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6056"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6056\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6057,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6056\/revisions\/6057"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6055"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6056"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6056"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6056"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}