{"id":6010,"date":"2025-08-13T13:03:17","date_gmt":"2025-08-13T05:03:17","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6010"},"modified":"2025-08-13T13:04:23","modified_gmt":"2025-08-13T05:04:23","slug":"murid-tahun-dua-patah-tulang-hidung-retak-tulang-mata-dakwa-dipukul-rakan-sekolah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=6010","title":{"rendered":"Murid Tahun Dua patah tulang hidung, retak tulang mata dakwa dipukul rakan sekolah"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU: Seorang murid lelaki Tahun Dua di sebuah sekolah di daerah ini patah tulang hidung dan retak tulang mata selepas didakwa dipukul beberapa rakan sekolah dalam kejadian pada 30 Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ibu mangsa, Rifka Amelia Bustomi Sofian, 37, berkata, insiden menimpa anak keduanya itu disedari selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah dan muka lebam sekitar jam 4 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dia segera membawa anaknya ke sebuah klinik swasta sebelum membuat pemeriksaan X-ray yang mengesahkan tulang hidung kanak-kanak itu patah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak saya pernah beritahu sering dibuli sebelum ini, tetapi saya tidak sangka sampai tahap begini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia diserang oleh sekumpulan murid, ada yang memegang tangan supaya dia tidak dapat lari, ada yang menolak dan menumbuk mukanya sehingga dia terjatuh, menyebabkan tulang hidung patah serta retak tulang di bahagian mata,\u201d katanya ketika ditemui di pekarangan HSNZ di sini pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Rifka Amelia berkata, pihak klinik turut menasihatkannya supaya membuat laporan polis dan merujuk kes itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini anak saya telah menjalani rawatan di HSNZ untuk menyambung semula tulang hidung yang patah dan masih dalam pemantauan pihak hospital,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada pertukaran kelas ketika Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKebetulan anak saya dari kelas lain dan menumpang di kelas itu. Saya diberitahu anak saya telah merosakkan sarung meja di kelas tersebut sebelum dipukul oleh beberapa murid lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak saya dipukul oleh beberapa murid dan ada antaranya tidak dikenal pasti kerana dari kelas lain. Untuk kes sarung meja rosak itu saya telah bayar RM15 untuk menggantikan sarung baru,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, ini bukan kali pertama anaknya mengalami kecederaan di sekolah dan sebelum ini pernah cedera pada mata akibat dibaling batu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebelum ini, pada Jun lalu, dia pernah dibaling batu oleh murid lain, tetapi saya tidak membuat laporan polis, namun kali ini saya putuskan untuk mengambil tindakan undang-undang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak mahu ada lagi murid lain yang menerima nasib serupa dengan anak saya kerana sebelum ini telah banyak kes sebegini didakwa berlaku di sekolah ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa terlibat pada Isnin lalu untuk berbincang berhubung kes itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda ibu bapa yang telah bertemu dan hantar mesej kepada saya untuk memohon maaf, namun saya difahamkan masih ada murid terlibat yang masih tidak diambil tindakan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSiasatan awal mendapati kes ini dipercayai berpunca daripada ejek-mengejek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKes ini telah dirujuk kepada pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),\u201d katanya. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU: Seorang murid lelaki Tahun Dua di sebuah sekolah di daerah ini patah tulang hidung dan retak tulang mata selepas didakwa dipukul beberapa rakan sekolah dalam kejadian pada 30&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":6009,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1077,1683,362,1681,1682],"class_list":["post-6010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-dipukul","tag-hidung","tag-murid","tag-patah","tag-tulang"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=6010"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6011,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/6010\/revisions\/6011"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/6009"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=6010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=6010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=6010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}