{"id":5935,"date":"2025-08-09T21:15:45","date_gmt":"2025-08-09T13:15:45","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5935"},"modified":"2025-08-09T21:16:16","modified_gmt":"2025-08-09T13:16:16","slug":"pengawal-keselamatan-lemas-ketika-menangkap-ikan-di-pantai-telekom-kemasik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5935","title":{"rendered":"Pengawal keselamatan lemas ketika menangkap ikan di Pantai Telekom Kemasik"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>KEMAMAN:&nbsp; Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di daerah ini ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menangkap ikan bersama dua rakannya di Pantai Telekom Kemasik, di sini, kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, A. Zani Ghazali, 51, bersama dua rakannya dikatakan telah menaiki bot dan menyelam di kawasan unjam kira-kira pukul 10 pagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika kejadian, mangsa bersama seorang rakannya menyelam beberapa kali untuk menangkap ikan dan sotong, sementara seorang lagi rakannya berada di atas bot.<\/p>\n\n\n\n<p>Mangsa dikatakan dilihat tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika melakukan selaman itu dan kedua-dua rakannya bergegas membawa mangsa ke daratan sebelum menghubungi pasukan penyelamat untuk bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar berkata, sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.42 tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke tepi pantai dan pasukan perubatan cuba memberi rawatan bantuan pernafasan, bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mayat mangsa kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman,&#8221; katanya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN KEMAMAN:&nbsp; Seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah di daerah ini ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menangkap ikan bersama dua rakannya di Pantai Telekom Kemasik, di sini,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5934,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[255,64,1655],"class_list":["post-5935","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-ikan","tag-lemas","tag-menangkap"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5935","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5935"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5935\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5936,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5935\/revisions\/5936"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5934"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5935"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5935"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5935"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}