{"id":5920,"date":"2025-08-09T01:04:09","date_gmt":"2025-08-08T17:04:09","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5920"},"modified":"2025-08-09T01:04:48","modified_gmt":"2025-08-08T17:04:48","slug":"jdt-juara-piala-sumbangsih-kali-ke-10","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5920","title":{"rendered":"JDT juara Piala Sumbangsih kali ke-10"},"content":{"rendered":"\n<p>JOHOR Darul Ta&#8217;zim (JDT) mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ke-10 apabila menewaskan Selangor FC 3-0 pada aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu meraih tiga mata sulung bagi saingan Liga Super 2025\/26.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula garang sebaik wisel permulaan, skuad Harimau Selatan itu hanya memerlukan seminit bagi membuka jaringan menerusi penyerang import baharu, Jairo Da Silva.<\/p>\n\n\n\n<p>Gol berpunca hasil lorongan cantik kapten, Samuel Castillejo yang menyaksikan Jairo mudah menolak masuk menewaskan penjaga gawang pelawat, Kalamullah Hafiz Mat Rowi bagi menggamatkan stadium.<\/p>\n\n\n\n<p>Gol tersebut dilihat semakin menyemarakkan kesebelasan JDT untuk terus mengasak ke pintu gol lawan dan beberapa percubaan menerusi Jaoa Figuiredo dan pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, percubaan-percubaan tersebut gagal menepati sasaran selain berjaya diselamatkan penjaga gol.<\/p>\n\n\n\n<p>Minit ke-34 menyaksikan JDT berpeluang menambah jaringan, namun percubaan Jairo hasil lorongan cantik Arif Aiman, Tinggi melewati palang gol.<\/p>\n\n\n\n<p>Selangor FC berpeluang menyamakan kedudukan, namun rembatan penyerang import, Willian Lira pada minit ke-36, gagal menepati sasaran.<\/p>\n\n\n\n<p>JDT sekali lagi berpeluang menambah jaringan pada minit ke-39, namun sepakan percuma Arif Aiman berjaya ditepis, Kalamullah Al Hafiz.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil satu serangan Selangor FC hampir menjaringkan gol pemyamaan, namun rembatan penyerang import, Chrigor Morales pada minit ke-41 berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada penghujung babak pertama, JDT dilihat semakin hebat mengasak dalam usaha menambah jaringan, namun tiada sebarang tambahan jaringan berjaya dihasilkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bersambung babak kedua, JDT dilihat bermula garang dan hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-50, namun percubaan jentera serangan skuad Harimau Selatan berjaya dikekang benteng pertahanan pelawat.<\/p>\n\n\n\n<p>Minit ke-60 menyaksikan skuad Harimau Selatan itu sekali lagi berpeluang menambah jaringan, namun rembatan penyerang, Bergson Da Silva, berjaya ditepis Kalamullah Al Hafiz.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi bergema tiga minit kemudian apabila tonggak pertahanan, Eddy Israfilov menanduk masuk gol kedua JDT hasil sepakan sudut sepakan sudut Arif Aiman.<\/p>\n\n\n\n<p>Minit ke-70 menyaksikan Arif Aiman pula mencatat nama selaku penjaring apabila larian solonya berjaya melepasi kawalan pertahanan Selangor FC sebelum merembat deras menewaskan Kalamullah Al Hafiz untuk gol ketiga JDT.<\/p>\n\n\n\n<p>Biarpun selesa mendahului 3-0, namun jentera serangan skuad Harimau Selatan itu dilihat masih mengasak hebat ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menghasilkan sebarang jaringan untuk kedudukan 3-0 kekal hingga tamat perlawanan. &#8211; Sinar Harian<br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR Darul Ta&#8217;zim (JDT) mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ke-10 apabila menewaskan Selangor FC 3-0 pada aksi Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Jumaat. Kejayaan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5919,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[53],"tags":[152,235,323,1648],"class_list":["post-5920","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-sukan","tag-jdt","tag-juara","tag-piala","tag-sumbangsih"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5920","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5920"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5920\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5921,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5920\/revisions\/5921"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5919"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5920"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5920"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5920"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}