{"id":5912,"date":"2025-08-09T00:07:51","date_gmt":"2025-08-08T16:07:51","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5912"},"modified":"2025-08-09T00:08:56","modified_gmt":"2025-08-08T16:08:56","slug":"dua-pelancong-malaysia-parah-dibakar-dalam-serangan-menggemparkan-di-bangkok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5912","title":{"rendered":"Dua pelancong Malaysia parah dibakar dalam serangan menggemparkan di Bangkok"},"content":{"rendered":"\n<p>BANGKOK: Dua pelancong Malaysia cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur&nbsp;di Jalan Ratchadamri di sini pada Khamis malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam Khamis apabila suspek lelaki itu secara tiba-tiba menuang cecair pencair dari arah belakang ke atas dua rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian itu didakwa berlaku ketika mangsa seorang lelaki, Ong, 26, dan seorang wanita, Gan, 27, sedang duduk di tangga berhampiran sebuah pusat beli-belah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand, Bong Yik Jui&nbsp;berkata beliau telah melawat mangsa yang kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Ong dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Besar Polis, manakala Gan menerima rawatan di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOng mengalami lecur tahap kedua di bahagian atas badan, depan dan belakang. Kecederaannya serius tetapi tidak mengancam nyawa.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cGan mengalami 36 peratus lecur tahap kedua, namun keadaannya stabil dan sedar,\u201d katanya kepada Bernama ketika dihubungi pada Jumaat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pihak kedutaan telah menghubungi keluarga Ong dan Gan untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ketua Balai Polis Lumpini Kolonel Polis Yingyos Suwanno berkata suspek berusia 30 tahun dari Wilayah Sa Kaeo itu didakwa menyerang mangsa akibat kecewa kerana menganggur sebelum cuba melarikan diri tetapi ditangkap oleh orang awam berhampiran lokasi kejadian.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Yingyos berkata suspek kini ditahan di Balai Polis Lumpini sementara siasatan terhadap motif serangan diteruskan dan pihak polis dijangka mengambil keterangan daripada mangsa sebaik sahaja keadaan mereka stabil.<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BANGKOK: Dua pelancong Malaysia cedera parah selepas dibakar oleh seorang penganggur&nbsp;di Jalan Ratchadamri di sini pada Khamis malam. Memetik laporan Bernama, kejadian berlaku sekitar pukul 10 malam Khamis apabila suspek&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5911,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[1644,405,324,1414,619],"class_list":["post-5912","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dibakar","tag-dua","tag-malaysia","tag-parah","tag-rakyat"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5912","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5912"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5912\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5913,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5912\/revisions\/5913"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5911"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5912"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5912"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5912"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}