{"id":5904,"date":"2025-08-08T13:57:41","date_gmt":"2025-08-08T05:57:41","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5904"},"modified":"2025-08-08T22:15:24","modified_gmt":"2025-08-08T14:15:24","slug":"makcik-kemboja-dicerai-suami-dalam-live-tiktok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5904","title":{"rendered":"&#8216;Makcik Kemboja&#8217; dicerai suami dalam &#8216;live&#8217; TikTok?"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Usahawan dan pempengaruh media sosial dikenali Makcik Kemboja, mengejutkan pengikutnya apabila mengesahkan dirinya diceraikan oleh suaminya secara langsung di platform TikTok, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob, 50, berkongsi berita duka itu melalui satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok miliknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mariyah mendedahkan bahawa lafaz cerai itu dibuat oleh suaminya yang hanya dikenali sebagai &#8216;Mr S&#8217;, di ruangan komen ketika beliau sedang bersiaran langsung.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Aku hari ini (semalam), Madam Maria atau lebih dikenali oleh Mak Cik Kemboja, diceraikan di dalam &#8216;live&#8217; oleh Mr S, bersaksikan 200 lebih mata yang melihat penceraian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mr S tulis dengan lafaz bismillah, &#8216;Mariyah binti Yaakub, aku ceraikan kau&#8217;,&#8221; katanya dalam video tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut usahawan produk kecantikan itu lagi, suaminya menulis lafaz cerai tersebut sebanyak lima kali, sekaligus menamatkan spekulasi mengenai status rumah tangga mereka yang dikatakan bergolak sejak kebelakangan ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terima kasih Mr S atas cerai yang kau lafazkan pada 7 Ogos hari ini. Terima kasih. Dan ternyata engkau adalah seorang suami yang tak ada iman.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Aku dah memang tak sempurna jadi isteri kau, tapi kau lebih tak layak nak jadi suami aku. Terima kasih,&#8221; katanya memaklumkan beliau sedang berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk proses memfailkan cerai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, di ruangan kapsyen video sama, Mariyah memohon pengikutnya mendoakan beliau terus kuat demi anak dan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bukan pengakhiran yang Madam impikan, tapi mungkin inilah permulaan baru yang Allah dah atur,&#8221; tulisnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan satu lagi video dikongsikan, usahawan itu berkata, beliau tekad untuk bangkit memperjuang hak sebagai isteri yang digantung tidak bertali dan dianiaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan satu lagi video dikongsikan, usahawan itu berkata, beliau tekad untuk bangkit memperjuang hak sebagai isteri yang digantung tidak bertali dan dianiaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan dramatik ini pantas menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-ratanya menzahirkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat kepada Mak Cik Kemboja untuk terus tabah menghadapi dugaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Setakat jam 12.30 tengah hari tadi, video itu ditonton oleh lebih 658,000 pengguna dan dikongsi lebih 1,600 kali di platform TikTok.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Mariyah yang juga digelar &#8216;Makcik Kemboja&#8217; pernah tular selepas mengeluarkan kenyataan jelik dalam stu video melalui media sosial yang mendakwa orang Melayu sebagai malas, dua tahun lalu. &#8211; Harian Metro<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Usahawan dan pempengaruh media sosial dikenali Makcik Kemboja, mengejutkan pengikutnya apabila mengesahkan dirinya diceraikan oleh suaminya secara langsung di platform TikTok, semalam. Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5903,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[383,1223,1643],"class_list":["post-5904","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-cerai","tag-kemboja","tag-makcik"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5904","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5904"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5904\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5910,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5904\/revisions\/5910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5903"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5904"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5904"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5904"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}