{"id":5870,"date":"2025-08-06T16:16:58","date_gmt":"2025-08-06T08:16:58","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5870"},"modified":"2025-08-06T16:17:37","modified_gmt":"2025-08-06T08:17:37","slug":"cari-jodoh-patuh-syariah-menerusi-portal-jodoh-darul-iman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5870","title":{"rendered":"Cari jodoh patuh syariah menerusi Portal Jodoh Darul Iman"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Golongan bujang di Terengganu kini berpeluang mencari pasangan hidup secara patuh syariah menerusi Portal Jodoh Darul Iman yang mula dibuka kepada umum hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Maliaman Kassim berkata, kerajaan negeri menyasarkan sekurang-kurangnya 500 pendaftaran menjelang hujung tahun ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, platform tersebut bukan seperti aplikasi cari jodoh biasa, sebaliknya dikawal ketat mengikut syariat Islam dan menitikberatkan adab dalam proses perkenalan antara lelaki dan wanita.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Portal ini diwujudkan bagi memberi ruang kepada belia Islam di Terengganu mencari jodoh secara berhemah, bukan melalui aplikasi bebas yang membuka ruang kepada pergaulan tanpa batas,&#8221; katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Portal Jodoh Darul Iman di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Maliaman berkata, pendaftaran dibuat secara percuma dan dibuka kepada lelaki serta wanita Muslim berusia 18 tahun ke atas.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka yang ingin memohon perlu dalam kalangan warganegara Malaysia dan mempunyai kaitan langsung dengan Terengganu sama ada dilahirkan, menetap atau berasal dari negeri ini.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hanya individu bujang dan ibu atau bapa tunggal yang belum berkahwin dibenarkan mendaftar. Semakan ketat akan dibuat bagi memastikan peserta benar-benar layak,&#8221; katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, portal itu dibangunkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, inisiatif itu selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh institusi kekeluargaan, mengurangkan gejala sosial dan menangani isu kelewatan berkahwin dalam kalangan belia.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, status perkahwinan setiap peserta juga akan disahkan bersama JHEAT bagi mengelak penyertaan individu yang sudah berkahwin.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Konsep portal berasaskan taaruf secara syarie dengan pemantauan berautoriti, selain menjamin keselamatan dan kerahsiaan maklumat pengguna.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Tiada komunikasi bebas dibenarkan antara peserta. Semua interaksi tertakluk kepada garis panduan dan pemantauan pihak berwajib,&#8221; ujarnya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai yang berminat boleh mula mendaftar melalui www.jodohdaruliman.com bermula hari ini. &#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Golongan bujang di Terengganu kini berpeluang mencari pasangan hidup secara patuh syariah menerusi Portal Jodoh Darul Iman yang mula dibuka kepada umum hari ini. Exco Kebajikan, Pembangunan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5869,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1629,1628,43],"class_list":["post-5870","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-jodoh","tag-portal","tag-terengganu"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5870","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5870"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5870\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5871,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5870\/revisions\/5871"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5869"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5870"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5870"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5870"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}