{"id":5867,"date":"2025-08-06T15:50:37","date_gmt":"2025-08-06T07:50:37","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5867"},"modified":"2025-08-06T15:51:12","modified_gmt":"2025-08-06T07:51:12","slug":"eda-ezrin-dibebaskan-hari-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5867","title":{"rendered":"Eda Ezrin dibebaskan hari ini"},"content":{"rendered":"\n<p>KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin dibebaskan hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Hakim mahkamah penjara Narathiwat membebaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya dan empat individu lain kira-kira jam 11 pagi (waktu Thailand).<\/p>\n\n\n\n<p>Keenam-enam mereka ditahan atas dakwa<br \/>memiliki 6,059 pil Yaba tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Eda Ezrin dan lima individu lain ditahan oleh polis Sungai Golok dalam satu serbuan di sebuah hotel pada 1 November tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 6 Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat yang bersidang selama tiga hari bermula 11, 13 dan 14 Februari, membebaskan Eda Ezrin, 30; suaminya, Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33; dan Zuhaira Nasrin, 26, daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil methamphetamine.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun pihak pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan itu dan mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos).<\/p>\n\n\n\n<p>Namun pihak pendakwa raya membuat rayuan terhadap keputusan itu dan mahkamah membenarkan permohonan pertama pendakwa raya antara 6 Mac hingga 6 April; kedua (6 April-6 Mei); ketiga (6 Mei-10 Jun); keempat (10 Jun-6 Julai) dan kelima (6 Julai-6 Ogos).<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bapa Eda Ezrin, Wan Ismail Wan Yusuf, 52, melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya itu bebas hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, doanya sekeluarga termakbul apabila anaknya itu yang sebelum ini lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat akhirnya bebas.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pembebasan itu membuktikan bahawa anaknya tidak bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Alhamdulillah, saya rasa gembira dan akan mengadakan kenduri serta tahlil kesyukuran di masjid berdekatan rumah malam esok.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bekas isteri iaitu ibu kepada Eda Ezrin akan menyambut kepulangan anak saya di sana,&#8221; katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. &#8211; Berita Harian<br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Eda Ezrin dibebaskan hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat. Mahkamah membuat&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5866,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[364,136,1627,310],"class_list":["post-5867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-bebas","tag-dadah","tag-erda","tag-penjara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5868,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5867\/revisions\/5868"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5866"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}