{"id":5810,"date":"2025-08-01T09:33:37","date_gmt":"2025-08-01T01:33:37","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5810"},"modified":"2025-08-01T09:34:24","modified_gmt":"2025-08-01T01:34:24","slug":"as-kenakan-tarif-19-peratus-terhadap-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5810","title":{"rendered":"AS kenakan tarif 19 peratus terhadap Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>WASHINGTON \u2013 Malaysia dikenakan tarif sebanyak 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu telah dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut kenyataan Rumah Putih, negara-negara yang masih belum memeterai perjanjian perdagangan atau menerima notis tarif daripada pentadbiran Trump akan menerima makluman rasmi daripada AS selewat-lewatnya tengah malam Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, pasukan perdagangan AS bekerja tanpa henti untuk berhubung dengan sebanyak mungkin negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih 200 negara telah menghubungi pasukan perdagangan dan tarif kami. Kami mengutamakan rakan dagang utama, dan dua pertiga daripada 18 negara utama telah pun menandatangani perjanjian khas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi negara yang belum menerima makluman, mereka akan menerima surat atau perintah eksekutif sebelum tengah malam,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Leavitt turut mengumumkan bahawa AS telah mencapai perjanjian perdagangan baharu dengan Korea Selatan selepas rundingan di Rumah Putih pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Di bawah perjanjian itu, Korea Selatan akan dikenakan tarif sebanyak 15 peratus, termasuk ke atas sektor automotif.<\/p>\n\n\n\n<p>Korea Selatan bersetuju memberikan konsesi besar kepada barangan AS seperti beras dan tenaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Komitmen untuk membeli tenaga dari AS bernilai AS$100 bilion (RM427 bilion) menjelang 2028.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaburan sebanyak AS$350 bilion (RM1.5 trilion) dalam industri AS akan dilakukan, dengan 90 peratus keuntungan disalurkan kepada kerajaan AS untuk mengurangkan hutang negara dan menyokong dasar pentadbiran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Leavitt turut memaklumkan bahawa rundingan perdagangan dengan China masih berjalan dengan kemajuan positif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSusunan perdagangan semasa dijangka dapat mengurangkan defisit AS sebanyak AS$5 bilion (RM21.35 bilion) tahun ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent dan Duta Perdagangan, Jamison Greer, baru sahaja menamatkan pusingan ketiga rundingan dengan pegawai China di Geneva, dan saluran komunikasi antara kedua-dua negara kekal terbuka.<\/p>\n\n\n\n<p>Langkah ini menandakan usaha agresif pentadbiran Trump untuk menyusun semula hubungan perdagangan global, dengan tarikh akhir yang tegas dan tekanan tarif sebagai alat rundingan utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Negara-negara yang masih belum mencapai persetujuan dijangka berdepan keputusan penting menjelang tengah malam.&nbsp;&#8211; Sinar Harian<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>WASHINGTON \u2013 Malaysia dikenakan tarif sebanyak 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat. Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5809,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[531,324,530],"class_list":["post-5810","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-as","tag-malaysia","tag-tarif"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5810","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5810"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5810\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5811,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5810\/revisions\/5811"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5809"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5810"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5810"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5810"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}