{"id":5807,"date":"2025-07-31T21:09:57","date_gmt":"2025-07-31T13:09:57","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5807"},"modified":"2025-07-31T21:10:26","modified_gmt":"2025-07-31T13:10:26","slug":"tiada-cadangan-naikkan-harga-gula","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5807","title":{"rendered":"Tiada cadangan naikkan harga gula"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR \u2013 Felda menegaskan tiada cadangan untuk menaikkan harga gula ketika ini susulan bantuan insentif yang disalurkan kerajaan kepada syarikat pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusinya,&nbsp;Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek&nbsp;berkata, MSM yang dimiliki oleh FGV Holdings Berhad (FGV) dan Koperasi Permodalan Felda sebelum ini berdepan kerugian berikutan harga gula mentah dunia yang tinggi, sedangkan harga jualan dalam negara dikawal kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, keadaan tersebut pernah menyebabkan peneroka secara tidak langsung menanggung beban apabila setiap satu kilogram gula yang dijual di pasaran pengguna disubsidikan kira-kira RM1, sekali gus mengurangkan dividen yang mereka terima.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarga gula bukan sekadar memberi kesan kepada minuman, tetapi juga pelbagai produk makanan lain yang menggunakan gula.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeadaan ini secara tidak langsung menjejaskan pendapatan peneroka sebagai pemegang saham,\u201d katanya pada pelancaran Festival FGV 2025 dan Aplikasi FGV Edugames di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahmad Shabery berkata, langkah kerajaan Madani menyalurkan insentif telah membantu MSM mengurangkan kerugian, sekali gus memberi manfaat kepada peneroka Felda yang merupakan pemegang saham syarikat berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan bantuan kerajaan ini, bukan sahaja pengguna mendapat manfaat, malah peneroka Felda juga gembira kerana pendapatan mereka tidak terjejas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTiada perbincangan untuk menaikkan harga gula selagi kerajaan meneruskan pemberian insentif ini. Tempohnya bergantung kepada keputusan kerajaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ahmad Shabery turut memuji penganjuran karnival mega sempena Hari Peneroka tahun ini yang disifatkan sebagai sinergi berkesan antara Felda, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjurkan festival tersebut bersempena dengan Hari Peneroka Felda 2025 dalam Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) yang berlangsung di MITEC pada 30 Julai hingga 3 Ogos ini.&nbsp;&#8211; Kosmo<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Felda menegaskan tiada cadangan untuk menaikkan harga gula ketika ini susulan bantuan insentif yang disalurkan kerajaan kepada syarikat pengeluar gula utama negara, MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM).&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5806,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[983,109,298,827],"class_list":["post-5807","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-gula","tag-harga","tag-naik","tag-tidak"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5807"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5808,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5807\/revisions\/5808"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5806"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5807"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5807"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5807"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}