{"id":5753,"date":"2025-07-30T07:01:10","date_gmt":"2025-07-29T23:01:10","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5753"},"modified":"2025-07-30T07:02:06","modified_gmt":"2025-07-29T23:02:06","slug":"berang-ditegur-ponteng-kelas-pelajar-lelaki-tumbuk-guru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5753","title":{"rendered":"Berang ditegur ponteng kelas, pelajar lelaki tumbuk guru"},"content":{"rendered":"\n<p>KAJANG: Berang ditegur guru kerana ponteng kelas dipercayai punca pelajar tingkatan dua mengugut dan menumbuk gurunya di sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, guru lelaki berusia 29 tahun berkenaan membuat laporan berhubung kejadian pada 7.15 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca apabila pelajar itu ponteng kelas pendidikan jasmani yang sepatutnya berada di padang sekolah, dan dia ditegur guru berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perkara itu membuatkan suspek tidak berpuas hati lalu berlaku pergelutan antara mereka sehingga suspek mula mengugut dan menumbuk muka gurunya,&#8221; katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa guru dan pelajar lain, malah turut tular di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pelajar lelaki berusia 14 tahun itu ditahan semalam di sekitar Kajang dan direman dua hari sehingga esok.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kes disiasat mengikut Seksyen 323\/506 Kanun Keseksaan, dimana jika disabit kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Naazron berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan untuk pertuduhan di Mahkamah Kajang esok.<\/p>\n\n\n\n<p>Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Amirul Wahid di talian 0135495236 bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu tular di media sosial satu klip video berdurasi 38 saat memaparkan pertengkaran antara dua individu bertubuh kecil dan lebih besar, malah kelihatan salah seorang daripadanya menumbuk pipi seorang lagi. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KAJANG: Berang ditegur guru kerana ponteng kelas dipercayai punca pelajar tingkatan dua mengugut dan menumbuk gurunya di sebuah sekolah menengah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5752,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[180,359,808],"class_list":["post-5753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-guru","tag-pelajar","tag-tumbuk"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5754,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5753\/revisions\/5754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5752"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}