{"id":5742,"date":"2025-07-29T15:17:01","date_gmt":"2025-07-29T07:17:01","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5742"},"modified":"2025-07-29T15:18:54","modified_gmt":"2025-07-29T07:18:54","slug":"gencatan-senjata-kemboja-thailand-as-puji-kepimpinan-anwar-jadi-orang-tengah-rundingan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5742","title":{"rendered":"Gencatan senjata Kemboja-Thailand: AS puji kepimpinan Anwar jadi orang tengah rundingan"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjadi orang tengah kepada persetujuan&nbsp;gencatan senjata&nbsp;serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dengan Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, berkata Washington menyambut baik pengumuman gencatan senjata Thailand-Kemboja yang diumumkan, petang tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, atas kepimpinan beliau dan kerana menjadi tuan rumah rundingan gencatan senjata ini,&#8221; katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Negara AS, lewat malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"700\" height=\"466\" src=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/34388046659252297188798956.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-5744\" srcset=\"https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/34388046659252297188798956.webp 700w, https:\/\/suaratimur.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/34388046659252297188798956-300x200.webp 300w\" sizes=\"(max-width: 700px) 100vw, 700px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">MARCO RUBIO<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Rubio turut menggesa Thailand dan Kemboja agar mematuhi sepenuhnya komitmen mereka untuk menamatkan konflik dan mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Presiden Donald Trump dan saya komited untuk menghentikan keganasan serta-merta.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami menjangkakan Kerajaan Kemboja serta Thailand akan menunaikan sepenuhnya komitmen mereka bagi menamatkan konflik ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rubio menegaskan AS akan terus komited dan terbabit dalam proses yang dianjurkan bersama Malaysia bagi menamatkan konflik berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kami menggesa semua pihak agar menunaikan komitmen masing-masing,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku Pengerusi ASEAN, telah diadakan di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet, dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, menghadiri mesyuarat khas itu yang bermula jam 3 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia merupakan pertemuan secara bersemuka yang pertama antara kedua-dua pemimpin itu sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran berkenaan pada 24 Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Mesyuarat itu berlangsung hampir dua jam setengah.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir ialah Duta AS ke Malaysia, Edgard D Kagan, dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing.<\/p>\n\n\n\n<p>AS bertindak sebagai penganjur bersama mesyuarat itu, manakala China hadir sebagai pemerhati bagi menyokong penyelesaian damai terhadap situasi yang sedang berlaku.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar mengumumkan Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta serta tanpa syarat bagi meredakan ketegangan yang memuncak di sepanjang sempadan belum dimuktamadkan antara kedua-dua negara itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua negara jiran itu mempunyai sejarah panjang dalam pertikaian diplomatik membabitkan kawasan sempadan sepanjang 817 kilometer yang belum ditanda sepenuhnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketegangan antara Thailand dengan Kemboja mula memuncak sejak 28 Mei lalu susulan pertempuran tentera antara kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan seorang anggota tentera Kemboja terkorban. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) memuji kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menjadi orang tengah kepada persetujuan&nbsp;gencatan senjata&nbsp;serta-merta dan tanpa syarat antara Thailand dengan Kemboja. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5741,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[123,1223,415,1570,1571,387,1569],"class_list":["post-5742","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-anwar","tag-kemboja","tag-puji","tag-selesai","tag-sengketa","tag-thailand","tag-usa"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5742","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5742"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5742\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5745,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5742\/revisions\/5745"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5741"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5742"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5742"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5742"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}