{"id":5729,"date":"2025-07-29T13:58:46","date_gmt":"2025-07-29T05:58:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5729"},"modified":"2025-07-29T13:59:12","modified_gmt":"2025-07-29T05:59:12","slug":"budak-perempuan-12-tahun-koyak-kepala-diketuk-dengan-tukul-besi-seorang-lelaki-ditahan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5729","title":{"rendered":"Budak perempuan 12 tahun koyak kepala diketuk dengan tukul besi, seorang lelaki ditahan"},"content":{"rendered":"\n<p>JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah di sini, Sabtu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata polis mengesan rakaman video yang dimuat naik di sebuah laman sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan mengalami pendarahan di kepala.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada Sabtu lalu kira-kira jam 5.19 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa bahawa anak perempuannya diserang seorang lelaki menggunakan tukul besi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kira-kira jam 7.25 malam sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di kediamannya di sekitar Johor Bahru.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Pada Sabtu lalu kira-kira jam 5.19 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa bahawa anak perempuannya diserang seorang lelaki menggunakan tukul besi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa adalah kanak-kanak perempuan tempatan berusia 12 tahun telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa mengalami kecederaan parah membabitkan koyakan di kulit kepala serta bengkak pada tangan kanan akibat serangan berkenaan,&#8221; katanya dalam kenyataan, di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2.19 saat yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di bahagian bawah sebuah flat, sebelum seorang kanak-kanak meraung kesakitan dengan kepalanya dilihat berlumuran darah melarikan diri menaiki lif.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Balveer Singh berkata, semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau, termasuk dadah dan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia positif dadah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman tujuh hari bermula Ahad lalu hingga 2 Ogos ini,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda merbahaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua hukuman itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Justeru, orang awam diminta tidak melanggar undang-undang, bertindak rasional dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah di sini, Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Johor Bahru&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5728,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1563,707,201],"class_list":["post-5729","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-kepala","tag-koyak","tag-pukul"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5729","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5729"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5729\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5730,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5729\/revisions\/5730"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5728"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5729"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5729"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5729"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}