{"id":5711,"date":"2025-07-28T19:57:00","date_gmt":"2025-07-28T11:57:00","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5711"},"modified":"2025-07-28T19:57:34","modified_gmt":"2025-07-28T11:57:34","slug":"ikan-kelah-hiasan-kampung-basung-tembusi-pasaran-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5711","title":{"rendered":"Ikan kelah hiasan Kampung Basung tembusi pasaran antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>HULU TERENGGANU \u2013 Kegigihan seorang anak muda dari Kampung Basung di sini mengusahakan ikan kelah hiasan membuahkan hasil apabila berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk China, Hong Kong dan Thailand.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula sekadar minat terhadap ikan sungai, Muhammad Jailani Mohd Sabri, 25, kini mampu tersenyum apabila ikan kelah merah dipelihara untuk jualan ikan hiasan telah melebihi 500 ekor sekali gus menjadi antara sumber pendapatannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Jailani, minatnya bermula sejak kecil apabila sering mengikuti bapanya menangkap ikan di Tasik Kenyir dan kawasan sungai sekitar kampung.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya belajar sampai Tingkatan Dua sahaja, lepas tu tolong ayah bawa bot dan dah biasa dengan sungai serta ikan. Pada tahun 2017, saya mula cari ikan kelah sendiri di kawasan sekitar dan mula peliharaan untuk dijual kepada pembeli tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTapi disebabkan masalah kesihatan, saya berhenti seketika selama lima tahun dan mula menceburi semula bidang ini pada 2023 dengan membina akuarium sendiri,\u201d katanya ketika ditemui di Kampung Basung di sini pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Muhammad Jailani, perniagaannya itu semakin berkembang selepas dibantu abang iparnya, Muhamad Ridhuan Abd Rahim, 31.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk kos elektrik dan makanan ikan agak besar, sekitar RM300 sebulan bagi elektrik dan RM200 hingga RM300 untuk palet ikan. Itu belum termasuk kos penjagaan dan rawatan penyakit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk air, kami guna air bukit semula jadi. Bila musim tengkujuh, kami guna air paip tapi perlu tapis guna penapis anti-klorin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Muhamad Riduan berkata, ikan kelah merah Tasik Kenyir merupakan spesies paling bernilai tinggi untuk pasaran hiasan dan komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUntuk pasaran China, ikan ini kami berjaya eksport ke Guangzhou, Yunan, Hubei. Selain itu, ia juga telah memasuki pasaran Hong Kong dan Thailand.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaiz yang biasa dieksport antara 15 hingga 60 sentimeter dengan harga antara RM150 hingga RM2,000 seekor bergantung kepada kualiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiasanya, setelah sampai ke sana, &#8216;tuan baharu&#8217; akan menyesuaikan ikan dengan persekitaran baharu dan warna ikan kelah merah ini akan lebih menyerah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, dalam sebulan, sekitar 100 hingga 200 ekor ikan berjaya dijual ke pasaran luar dengan penghantaran transit di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke negara pembeli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBila dapat eksport ikan jauh memang puas hati tapi risikonya pun tinggi. Pernah kawasan peliharaan ini dilanda banjir pada tahun lalu dan kesemua ikan lari.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWaktu itu kami alami kerugian hampir RM10,000. Selain itu, kami juga pernah berdepan kerugian kerana penyakit fungus dan &#8216;drop eye&#8217;,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Muhamad Riduan, ikan kelah merah yang dipelihara diberi makan palet, anak udang, tumbuhan dan buah-buahan, selain memerlukan penjagaan air yang rapi dengan penukaran air dua kali sehari bagi ikan baharu atau sekurang-kurangnya seminggu sekali.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau ikan dalam keadaan tertekan, ia akan kurang makan dan tidak aktif. Tempoh penghantaran ke China sekitar 24 jam. Jadi, kita kena pastikan ia betul-betul sihat sebelum dieksport,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ridhuan berkata, selain menjual secara langsung, mereka turut memasarkan ikan kelah secara dalam talian melalui platform media sosial seperti TikTok (Kelah Kenyir dan RiEZ Aquatic) serta Facebook M Jailani Kenyir. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HULU TERENGGANU \u2013 Kegigihan seorang anak muda dari Kampung Basung di sini mengusahakan ikan kelah hiasan membuahkan hasil apabila berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk China, Hong Kong dan Thailand.&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5710,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[563,255,1556,696],"class_list":["post-5711","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-china","tag-ikan","tag-kelah","tag-pasar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5711","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5711"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5711\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5712,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5711\/revisions\/5712"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5710"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5711"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5711"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5711"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}