{"id":5708,"date":"2025-07-28T19:46:58","date_gmt":"2025-07-28T11:46:58","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5708"},"modified":"2025-07-28T19:47:40","modified_gmt":"2025-07-28T11:47:40","slug":"lelaki-lakukan-gangguan-seksual-maut-dipukul-orang-ramai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5708","title":{"rendered":"Lelaki lakukan gangguan seksual maut dipukul orang ramai"},"content":{"rendered":"\n<p>ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh orang awam malam tadi selepas didakwa melakukan gangguan seksual dengan menunjukkan kemaluan di tempat awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian jam 7.26 malam itu, mangsa berusia 51 tahun dan sudah berkahwin ditemui mati di hadapan sebuah tadika di Jasin Bestari, Jasin, dekat sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung itu kejadian sekitar jam 9 malam.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian bermula apabila mangsa dikatakan menunjukkan kemaluan kepada khalayak ramai di parkir kenderaan sebuah pasar raya dan perbuatan itu disedari orang awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mangsa kemudiannya dikejar oleh orang awam lalu dia melarikan diri menghala ke Jasin Bestari.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mangsa berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dan pada awalnya dua lelaki memukulnya sebelum dia berjaya melarikan diri ke kawasan semak dan terjun menyeberangi sungai,&#8221; katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Negeri Melaka 2025 di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).<\/p>\n\n\n\n<p>Dzulkhairy berkata, sebaik berjaya menyeberang sungai berkenaan, mangsa ditahan dan dipukul oleh beberapa lelaki yang terdengar jeritan orang awam meminta bantuan menangkapnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk bedah siasat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, bertindak atas maklumat polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang warga Pakistan berusia lingkungan 15 tahun hingga 50-an bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kesemua mereka direman tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohamad Ehsan Abu Bakar di talian 016-520 9501,&#8221; katanya yang turut menasihati orang ramai tidak mengambil tindakan terburu-buru.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau berkata, siasatan mendapati si mati mempunyai dua rekod jenayah sabitan kesalahan melakukan kelucahan melampau mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan pada 2023 dan 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Maksudnya itu memang tabiat dia yang melakukan sekali lagi perbuatan (menunjukkan kemaluan) itu tahun ini yang berakhir dengan kematiannya,&#8221; katanya. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut dipercayai dipukul oleh orang awam malam tadi selepas didakwa melakukan gangguan seksual dengan menunjukkan kemaluan di tempat awam. Dalam kejadian jam 7.26 malam itu, mangsa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5707,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[1077,1554,99,1488,719,1555],"class_list":["post-5708","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-dipukul","tag-kelucahan","tag-maut","tag-melampau","tag-orang","tag-ramai"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5708"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5708\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5709,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5708\/revisions\/5709"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5707"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}