{"id":5671,"date":"2025-07-26T12:52:46","date_gmt":"2025-07-26T04:52:46","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5671"},"modified":"2025-07-26T12:53:23","modified_gmt":"2025-07-26T04:53:23","slug":"6-pelajar-mrsm-melaka-digantung-kerana-buli-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5671","title":{"rendered":"6 pelajar MRSM Melaka digantung kerana buli \u2013 Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"\n<p>SHAH ALAM \u2013 Seramai enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka digantung dan dicadangkan untuk dibuang sekolah selepas didakwa terlibat dalam kejadian buli.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa beliau menerima banyak makluman daripada pengikut media sosialnya berhubung kes berkenaan sejak awal pagi Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau segera meminta laporan daripada pihak pengurusan Mara dan memberi peringatan tegas bahawa tiada sebarang rayuan akan diterima.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cEnam pelajar Tingkatan Lima terlibat buli digantung dan dicadang untuk dibuang. Tidak perlu merayu. #YouTouchYouGo.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sudah tegaskan kepada pihak pengurusan Mara bahawa jangan dilayani sebarang rayuan. Bahkan tidak perlu juga bersusah payah hendak berjumpa saya untuk merayu,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tindakan tegas Mara terhadap pelajar yang didakwa melakukan perbuatan buli bukanlah perkara baharu sejak institusi itu berada di bawah penyeliaan Asyraf Wajdi.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada April lalu, seramai tujuh pelajar yang terlibat dalam insiden buli di sebuah MRSM di utara tanah air turut disyorkan untuk ditamatkan pengajian di institusi berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan drastik itu dibuat susulan tularnya sebuah video berdurasi satu minit 31 saat di Facebook yang memaparkan beberapa pelajar memijak dan duduk di atas seorang pelajar lelaki.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa Mara telah berkali-kali memberi peringatan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk perlakuan buli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang kita hendak lahirkan ialah generasi pemimpin yang berakhlak dan beradab, bukan petualang yang meranapkan nilai keagamaan dan ketamadunan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut menegaskan komitmennya untuk menjadikan MRSM dan institusi-institusi pendidikan di bawah Mara sebagai zon bebas buli. &#8211; Sinar Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SHAH ALAM \u2013 Seramai enam pelajar Tingkatan Lima di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Melaka digantung dan dicadangkan untuk dibuang sekolah selepas didakwa terlibat dalam kejadian buli. Pengerusi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5670,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[547,546,359],"class_list":["post-5671","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-dera","tag-mrsm","tag-pelajar"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5671","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5671"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5671\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5672,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5671\/revisions\/5672"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5670"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5671"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5671"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5671"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}