{"id":5665,"date":"2025-07-25T20:56:50","date_gmt":"2025-07-25T12:56:50","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5665"},"modified":"2025-07-25T20:57:49","modified_gmt":"2025-07-25T12:57:49","slug":"beruang-matahari-berkeliaran-di-dusun-buah-buahan-berjaya-ditangkap-perhilitan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5665","title":{"rendered":"Beruang Matahari berkeliaran di dusun buah-buahan berjaya ditangkap Perhilitan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN<\/p>\n\n\n\n<p>DUNGUN &#8211; Seekor beruang Matahari yang berkeliaran di kawasan dusun buah-buahan milik penduduk Kampung Ping, Hulu Dungun, di sini, sejak dua minggu lalu berjaya diitangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).<\/p>\n\n\n\n<p>Beruang jantan seberat kira-kira 100 kilogram itu ditangkap lewat malam tadi dengan menggunakan sebuah perangkap yang dipasang Perhilitan selepas menerima aduan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, lebih 200 penduduk kampung berkenaan hidup dalam kebimbangan selain terpaksa menghentikan sementara aktiviti di dusun selepas bimbang dengan kehadiran haiwan liar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beruang berkenaan turut dilihat berkeliaran di sekitar kawasan kediaman sehingga memaksa penduduk berkurung dalam rumah kerana bimbang keselamatan mereka dan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, haiwan berkenaan juga turut merosakkan sebahagian hasil tanaman penduduk termasuk buah durian dan nangka yang sudah sampai masa untuk dituai.<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa penduduk yang ditemui berterima kasih kepada Perhilitan yang berjaya menangkap haiwan itu sekaligus membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang penduduk Tuan Rashid Tuan Kob berkata, penduduk mula lega dan tidak takut untuk pergi ke kebun buah-buahan berdekatan selepas beruang tersebut telah berjaya ditangkap Perhilitan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kebanyakan penduduk takut untuk pergi ke kebun untuk mengutip buah-buahan seperti durian yang mula gugur dan boleh dikutip.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dalam tempoh dua minggu ini, penduduk tidak berani pergi ke dusun kerana bimbamg diserang beruang tersebut,&#8221; katanya. &#8211; Suara Timur<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh MUKHATAR A. RAHMAN DUNGUN &#8211; Seekor beruang Matahari yang berkeliaran di kawasan dusun buah-buahan milik penduduk Kampung Ping, Hulu Dungun, di sini, sejak dua minggu lalu berjaya diitangkap Jabatan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[51],"tags":[1278,1541,157],"class_list":["post-5665","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negeri","tag-beruang","tag-perhilitan","tag-tangkap"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5665","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5665"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5665\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5666,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5665\/revisions\/5666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5665"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5665"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5665"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}