{"id":5636,"date":"2025-07-24T19:44:04","date_gmt":"2025-07-24T11:44:04","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5636"},"modified":"2025-07-24T19:44:31","modified_gmt":"2025-07-24T11:44:31","slug":"ibu-dera-anak-dengan-kulit-durian-didenda-rm18000-suami-dipenjara-5-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5636","title":{"rendered":"Ibu dera anak dengan kulit durian didenda RM18,000, suami dipenjara 5 tahun"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR: Suami isteri dikenakan hukuman denda dan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan mereka menggunakan kulit durian, minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ibu mangsa, Yorlini Abdullah Umar, 32, dan suaminya Bunyamin Sukiman, 42, yang juga bapa tiri kanak-kanak itu masing-masing dijatuhkan hukuman berbeza oleh Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh selepas membuat pengakuan bersalah.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mendera mangsa berusia lapan tahun sehingga menyebabkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesalahan itu dilakukan di sebuah unit kediaman di Jalan Ampang, di sini, jam 6 petang pada 16 Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengikut fakta kes, kejadian disedari selepas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sekolah mangsa belajar ketika memanggil kanak-kanak itu berhubung aduan kononnya pelajar itu memotong tudung pelajar lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu siasatan oleh pihak sekolah mendapati mangsa tidak terbabit dengan kejadian potong tudung itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, ketika disoal, dia mendedahkan dirinya dipukul dan telinganya dipulas oleh ibu bapanya serta ditumbuk bapa tirinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, mangsa memberitahu tangannya diletakkan di atas lantai sebelum kulit durian dijatuhkan ke atas tangannya. Tangannya yang terluka kemudian direndam ke dalam air garam suam.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, tangan kanak-kanak itu turut diikat menggunakan pita pelekat dan dibiarkan sehingga keesokan harinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ravindejit Kaur memohon hukuman berat dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan mangsa adalah kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perbuatan mengambil kulit durian lalu menghempapnya ke tangan mangsa, kemudian merendam tangan yang luka ke dalam air garam suam adalah tindakan ekstrem dan amat zalim.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak, bukan tempat untuk melepaskan geram. Hukuman berat perlu dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, peguam Simret Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu hukuman minimum atas alasan Yorlini tidak bekerja dan hanya bergantung kepada Bunyamin yang bekerja sebagai penasihat jualan kenderaan dan penyumbang nafkah tunggal keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pasangan terbabit yang mempunyai dua anak termasuk mangsa sudah ditahan reman selama tujuh hari dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Sepanjang tempoh reman, kedua-dua tertuduh sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas meneliti hujah daripada kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM18,000 terhadap Yorlini dan jika ia gagal dibayar, tertuduh boleh dipenjara selama tiga bulan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bapa tiri mangsa pula dihukum penjara lima tahun bermula dari tarikh tangkap pada 18 Julai lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kedua-dua tertuduh turut dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun tanpa cagaran serta menjalankan khidmat masyarakat selama 12 bulan. &#8211; Berita Harian<\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR: Suami isteri dikenakan hukuman denda dan penjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan mendera anak perempuan mereka menggunakan kulit durian, minggu lalu. Ibu mangsa,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5635,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[52],"tags":[114,547,906,1528],"class_list":["post-5636","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-mahkamah-dan-jenayah","tag-anak","tag-dera","tag-durian","tag-kulit"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5636","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5636"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5636\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5637,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5636\/revisions\/5637"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5635"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}