{"id":5525,"date":"2025-07-21T08:46:34","date_gmt":"2025-07-21T00:46:34","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5525"},"modified":"2025-07-21T08:47:32","modified_gmt":"2025-07-21T00:47:32","slug":"umno-tidak-pernah-lelah-perjuangan-parti-terus-terpahat-shahanim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5525","title":{"rendered":"UMNO Tidak Pernah Lelah, Perjuangan Parti Terus Terpahat \u2013 Shahanim"},"content":{"rendered":"\n<p>SUNGAI PETANI: Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani,\u00a0Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, menyeru seluruh ahli UMNO agar terus berpegang pada semangat perjuangan parti yang tidak pernah mengenal lelah dalam membela rakyat, sambil menegaskan pentingnya penyatuan serta pembangunan pemimpin pelapis demi kelangsungan parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya sempena&nbsp;Majlis Perasmian Mesyuarat Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim mengingatkan bahawa UMNO yang kini sudah mencecah usia 79 tahun, tidak boleh sekadar bergantung kepada warisan sejarah, tetapi mesti menyusun strategi untuk memastikan masa depan parti terus terpelihara.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerjuangan UMNO ini tidak pernah kenal lelah atau jemu. Namun, UMNO juga memerlukan produk pemimpin pelapis. Pendekatan seperti&nbsp;\u2018Keluargaku Ahli UMNO\u2019 atau lain-lain kaedah&nbsp;adalah antara langkah yang boleh diketengahkan untuk mengukuhkan akar umbi dan menjamin kesinambungan perjuangan parti,\u201d jelas beliau.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh&nbsp;Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, Datuk Shahanim turut menekankan keperluan untuk memperkasakan sayap-sayap parti dengan ilmu dan kecekapan, supaya mereka bukan sahaja bersemangat, tetapi mampu menjadi agen penyelesaian kepada masalah rakyat.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mahu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Sungai Petani menjadi sayap yang bukan sahaja bersemangat tetapi juga berilmu. Kita perlu tahu bagaimana nak bantu rakyat\u2026ke MARA, ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan pelbagai agensi lain. Bantulah jiran kita, masyarakat sekeliling kita,\u201d katanya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menggariskan kepentingan memanfaatkan pelbagai saluran bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan hari ini, termasuk bantuan untuk pesakit terlantar, ibu tunggal, dan keluarga berpendapatan rendah.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWaktu bencana, waktu susah\u2026 siapa rakyat cari dulu? UMNO. Inilah bukti kepercayaan masyarakat terhadap parti kita. Kita mesti pastikan wakil rakyat yang dipilih benar-benar mampu membantu rakyat, bukan sekadar memenuhi syarat,\u201d tambah beliau.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>Mengakhiri ucapan dengan nada tegas dan penuh semangat, Datuk Shahanim mengingatkan bahawa masa depan UMNO bergantung kepada kesatuan dan komitmen ahli-ahlinya.<br \/><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBiduk berlalu, kiambang bertaut. UMNO adalah jalan yang kita pilih dengan penuh kesedaran, bukan kerana paksaan. Di tangan kitalah terletaknya segala-galanya\u2026sama ada parti ini bangkit, atau rebah. Pilihannya di tangan kita,\u201d tegas beliau. &#8211; UMNO Online<br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>SUNGAI PETANI: Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani,\u00a0Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, menyeru seluruh ahli UMNO agar terus berpegang pada semangat perjuangan parti yang tidak pernah mengenal lelah dalam membela rakyat, sambil&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[48],"tags":[605,1499,1500,54],"class_list":["post-5525","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kedah","tag-shahanim","tag-sungai-petani","tag-umno"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5525","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5525"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5525\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5526,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5525\/revisions\/5526"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5525"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5525"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5525"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}