{"id":5506,"date":"2025-07-20T19:36:26","date_gmt":"2025-07-20T11:36:26","guid":{"rendered":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5506"},"modified":"2025-07-20T19:37:07","modified_gmt":"2025-07-20T11:37:07","slug":"bekas-tentera-polis-jadi-warden-mrsm-bermula-ogos","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/suaratimur.com.my\/?p=5506","title":{"rendered":"Bekas tentera, polis jadi warden MRSM bermula Ogos"},"content":{"rendered":"\n<p>BUKIT GANTANG \u2013 Projek rintis lantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dilaksanakan pada Ogos ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, dua MRSM terlibat dalam fasa awal pelaksanaan projek itu iaitu MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, proses temuduga dan senarai pendek calon warden itu sudah dijalankan. Kira-kira 10 calon dipilih untuk menggalas tanggungjawab di dua MRSM berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka yang dipilih ini diberikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan bidang tugas dan tanggungjawab serta latihan kerana peranan warden ini penting.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu ada salah faham apabila melantik warden dalam kalangan bekas tentera dan polis seolah-olah pendekatan yang dibawa nanti berbentuk kekerasan dalam mendisiplinkan pelajar,\u201d katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang di Changkat Jering di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, peranan warden sepenuh masa ini akan mengurangkan beban tugas guru yang perlu memantau perkembangan sahsiah dan disiplin pelajar di luar waktu persekolahan atau akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita mahu warden bertugas sepenuh masa, tidak seperti sekarang, sedikit sebanyak mengganggu tugas hakiki seorang guru. Sebab itu inisiatif ini dimulakan supaya pelajar di asrama mendapat pengawasan dan pemantauan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita juga mahu memberikan keyakinan kepada ibu bapa bahawa anak-anak mereka selamat. Tiada kompromi bagi sebarang bentuk buli sama ada secara fizikal mahupun mental,\u201d katanya.&nbsp;&#8211; Kosmo<br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><br \/><\/p>\n\n    <div class=\"xs_social_share_widget xs_share_url after_content \t\tmain_content  wslu-style-1 wslu-share-box-shaped wslu-fill-colored wslu-none wslu-share-horizontal wslu-theme-font-no wslu-main_content\">\n\n\t\t\n        <ul>\n\t\t\t        <\/ul>\n    <\/div> \n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BUKIT GANTANG \u2013 Projek rintis lantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan dilaksanakan pada Ogos ini. Pengerusi Majlis Amanah&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":5505,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"om_disable_all_campaigns":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_lmt_disableupdate":"","_lmt_disable":"","footnotes":""},"categories":[71],"tags":[546,105,1495],"class_list":["post-5506","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-negara","tag-mrsm","tag-polis","tag-tentera-warden"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5506","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=5506"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5506\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5507,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/5506\/revisions\/5507"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/5505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=5506"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=5506"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/suaratimur.com.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=5506"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}